CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8450|Reply: 0

[Tempatan] Pintu kereta terkunci automatik, budak 2 tahun terperangkap lebih setengah jam

[Copy link]
Post time 23-4-2024 07:04 AM | Show all posts |Read mode
Pintu kereta terkunci automatik, budak 2 tahun terperangkap lebih setengah jam
Oleh Safeek Affendy Razali - April 23, 2024 @ 12:07am
safeek@bh.com.my

Anggota APM membantu kanak-kanak berusia dua tahun yang terkunci lebih setengah jam di dalam kereta bapanya. - Foto ihsan APM

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun terperangkap lebih setengah jam dalam kereta bapanya di Jalan Bukit Bintang, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam selepas bapa kanak-kanak itu tertinggal kunci di dalam kereta sebelum pintu kenderaan terbabit terkunci secara automatik.

Berdasarkan maklumat, ketika itu bapa kanak-kanak terbabit dalam keadaan tergesa-gesa memakaikan lampin sebelum pintu terkunci secara automatik hingga menyebabkan anaknya terperangkap.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Leftenan (PA) Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi.

"Pasukan kami mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka pintu kereta dan menyelamatkan mangsa," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Shahrul Kamar berkata, kanak-kanak terbabit diselamatkan sekitar jam 9.10 malam sebelum pemeriksaan kesihatan dilakukan pasukan perubatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061571 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list