Gara-gara kekurangan baki dalam kad tambah nilai Touch ‘n Go (TnG), seorang pemandu kereta Honda Civic memaki hamun jurutol yang bertugas di Tol Segambut.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh individu yang dipercayai abang kepada jurutol tersebut, jelas kedengaran lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap jurutol.
“Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh lah kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak kerja tol la,” ucap pemandu tersebut.
Namun, jurutol berkenaan tetap dalam keadaan tenang walaupun dihina oleh pemandu.
Abang kepada jurutol, @AzfaMierul turut berkongsi klip audio kronologi kejadian di X.
Hantaran video tersebut mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta mangsa untuk membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.
“Salam sejahtera, Mangsa diminta untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membuat laporan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Terima kasih,” balas PDRM pada ciapan video.
Mangsa juga mendedahkan sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menunggu siasatan pihak polis.
Post time 23-4-2024 09:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Firenzza at 23-4-2024 09:39 AM
Driver hondua patut maki hamun pemerintah yg janji nk hapus tol tp kena berak berketol- ketol....mmg samdol
SAIFULLAH AHMAD
31 OCT 2022 3:44 PM
IPOH - Pakatan Harapan (PH) sedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika mereka diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
kenapa dia nak marah2 ekk bkn ke salah dia sb baki tak cukup? kenapa tak topup awal2 sebelum gerak
kemain sedap dia hembus ckp org jaga tol tak pandai.. tak baik pandang org dr pekerjaan dia.. janji kerja tu halal