CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1147|Reply: 2

[Tempatan] Setengah juta tak sedar ada diabetes, darah tinggi

[Copy link]
Post time 23-4-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-4-2024 11:30 AM

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Pahang mendedahkan lebih 565,000 individu terutama di daerah Bentong dan Pekan tidak mengetahui mereka sebenarnya menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.

Pengarahnya, Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, pecahan daripada jumlah itu menyaksikan seramai 262,249 individu menghidap diabetes, manakala tekanan darah tinggi pula seramai 303,347.

Katanya, keadaan itu sangat membimbangkan kerana masih ramai yang dikesan tidak me­ngetahui status penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapi mereka ketika ini.

“Selain itu, seramai 165,213 individu tidak tahu status penyakit kencing manis yang mereka alami, manakala 148,521 tidak tahu mereka menghidap tekanan darah tinggi.

“Risiko lewat mendapatkan rawatan akan mengakibatkan mereka berdepan dengan kerosakan mata, buah pinggang, saraf, jangkitan teruk pada luka di kaki yang akan menyebabkan ia dipotong, strok, angin ahmar dan jantung,” katanya.

Menurut Rusdi, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi 2019 mendapati, beban penyakit tidak berjangkit itu masih lagi tinggi dan membimbangkan.

Tambahnya, Bentong merekodkan pesakit tekanan darah tinggi terbanyak, manakala ramai menghidap kencing manis di Pekan.

“Mereka yang tidak mengetahui menghidap penyakit itu juga membimbangkan. Mereka hanya tahu selepas diperiksa di klinik atau hospital dan ia agak terlewat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan terus komited untuk memastikan kawalan pencegahan penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi ini sentiasa berada pada tahap optima.

“Strategi adalah berfokus kepada meningkatkan saringan pra-penyakit melalui inisiatif saringan kesihatan kebangsaan dan memperluaskan aktiviti kawalan kesihatan kendiri melalui sukarelawan.

MyChampion yang menjadi nadi penggerak kepada komuniti.

“Selain itu melalui pemantauan dan pengesanan awal komplikasi penyakit diabetes dan hipertensi bagi mengurangkan kadar kematian akibat pe­nyakit tidak berjangkit,” ujarnya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb bila rs badan berat je kita akan pegi jumpa tok haji, imam perawat Islam Kasi buang Jin dlm badan ni. Da buang Jin lega..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
i tkt nk check penyakit..demam biasa je i dah nngis
serius tkt..panadol tu letak dlm roti br blh telan..sbb tu i  jaga kesihatan..xmnm manis..xbjaga sgt mlm..dh tahu diri sendiri penakut..
jom la diet guys..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.264686 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list