CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2999|Reply: 0

[Selangor] Tiga sekawan didakwa ‘parang’ dua beranak

[Copy link]
Post time 23-4-2024 02:45 PM | Show all posts |Read mode

Alagendran (kerusi roda), Suzendran dan Sathiyakumar selepas prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Tiga sekawan termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap dua beranak, bulan lalu.

Bagaimanapun, hanya P. Suzendran, 27, yang mengaku bersalah manakala A. Alagendran yang merupakan OKU kudung kaki kanan dan S. Sathiyakumar masing-masing berusia 39 tahun membuat pengakuan sebaliknya selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Norazlin Othman.

Ketiga-tiga tertuduh secara bersama dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah terhadap ibu dan anak yang masing-masing berusia 11 dan 37 tahun menggunakan sebilah parang di rangkaian kedai makanan segera di Kota Kemuning di sini, kira-kira pukul 7 pagi pada 27 Mac lalu.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Suzendran yang merupakan penganggur didakwa satu lagi pertuduhan merompak hasil jualan berjumlah RM115 milik sebuah kedai serbaneka di Seksyen 23 di sini, kira-kira pukul 5.25 pagi, 11 April lalu.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hosna Mohamad Zikri manakala Peguam Muhammad Hidhir Mustapa mewakili Suzendran dan dua lagi tidak diwakili peguam.

Jaminan kemudiannya ditetapkan sebanyak RM20,000 kepada Suzendran sementara RM10,000 masing-masing bagi Alagendran dan Sathiyakumar selain syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berhampiran, tidak menganggu saksi dan mangsa serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan esok bagi sebutan semula kes kepada Suzendran termasuk berkaitan fakta kes dan jatuh hukum untuk kes dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sebutan bagi dua lagi tertuduh ditetapkan 13 Jun depan. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... parang-dua-beranak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.062174 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list