CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6086|Reply: 0

[Perak] Dilarang guna gajet, budak perempuan cuba terjun bangunan

[Copy link]
Post time 23-4-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

IPOH: Dipercayai tertekan kerana dilarang menggunakan 'gajet' atau peranti komunikasi, seorang budak perempuan berusia 11 tahun dipercayai cuba terjun dari bangunan dua tingkat sebuah pusat tahfiz dekat Kampar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

"Kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.30 pagi dan setiba di lokasi kejadian kanak-kanak tersebut masih berada di atas bumbung sebuah bangunan dua tingkat setinggi kira-kira empat meter dalam keadaan berdiam diri.

"Anggota kami berjaya memujuk dan membawa turun kanak-kanak itu.


"Difahamkan, kanak-kanak itu ingin pulang ke rumahnya di Kampung Batu Putih, Kampar disebabkan peraturan di pusat itu yang tidak membenarkan 'gajet' dibawa ke situ," katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa pulang oleh keluarganya ke kediaman mereka. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... uba-terjun-bangunan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.164184 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list