CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4413|Reply: 0

[Kedah] Bomba buat penerbangan ihsan bawa budak pengsan di Langkawi

[Copy link]
Post time 24-4-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Bomba buat penerbangan ihsan bawa budak pengsan di Langkawi


Oleh Hamzah Osman - April 24, 2024 @ 10:20am bhnews@bh.com.my




Pasukan bomba memindahkan pesakit kanak-kanak dari Hospital Sultanah Maliha ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - Foto Facebook Bomba





LANGKAWI: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa pesakit dari Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini, ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, semalam.

Bayi perempuan berusia tiga tahun 10 bulan yang tidak sedarkan diri itu, mengalami kecederaan 'post cardiac arrest secondary to submersion injury' dan perlu menjalani pemerhatian serta rawatan rapi segera di HSB.

JBPM dalam kenyataannya malam tadi, memaklumkan ketika penerbangan dilakukan, pesakit terbabit yang diiringi seorang pengiring.

"Penerbangan menggunakan pesawat Mi-17-IV dikendalikan juruterbang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azuna Mohamed Sabri dan pembantunya, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Faizal Abd Latiff.

Sepanjang operasi pemindahan pesakit terbabit, bayi berkenaan dipantau empat petugas perubatan dari HSM termasuk doktor, jururawat dan pembantu perubatan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.357799 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list