CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5737|Reply: 0

[Perak] 'Amirulfaris orang baik, orang baik selalu pergi dulu': Bapa saudara

[Copy link]
Post time 24-4-2024 11:09 AM | Show all posts |Read mode

Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak semalam. - Foto BERNAMA

IPOH: "Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalunya pergi dulu," itu kata Md Akhir Jamaludin, 55, mengenai anak saudaranya Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 34, yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi semalam.

Md Akhir berkata sebagai anak sulung daripada empat beradik, Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.

"Kali terakhir berjumpa tahun lepas, raya tahun ini pun tak dapat jumpa arwah sebab dia bertugas tapi dia ada bercerita akan menyertai pertunjukan udara (sempena Ulang Tahun TLDM ke-90)," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini malam tadi.


Md Akhir Jamaludin, 55, bapa saudara kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang merupakan Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503 salah seorang mangsa nahas dalam insiden helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam. - Foto NSTP/Aswadi Alias

Menurutnya, Mohamad Amirulfaris meninggalkan seorang balu dan dua anak berusia tujuh serta dua tahun.

Md Akhir yang berasal dari Negeri Sembilan berkata anak saudaranya itu telah dua tahun bertugas di Sabah kerana dinaikkan pangkat.

"Arwah masih muda, semua yang terkorban pun berusia bawah 40 tahun, mereka ini masih panjang khidmat untuk negara namun Allah lebih sayangkan mereka," katanya.

Menurutnya Allahyarham akan dikebumikan di Senawang, Negeri Sembilan sebaik selesai proses bedah siasat.

Md Akhir berkata semua ahli keluarga Allahyarham telah diterbangkan dari Sabah ke Perak bagi pengecaman jenazah.

Mohamad Amirulfaris adalah antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.32 pagi tadi. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... i-dulu-bapa-saudara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.319671 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list