CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 13

[Tempatan] 'Syukur membesar dalam legasi keluarga pemandu lori'

[Copy link]
Post time 25-4-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode
'Syukur membesar dalam legasi keluarga pemandu lori'
Oleh
AISYAH BASARUDDIN
25 April 2024 09:42am

Tangkap layar hantaran video dimuatnaik Nur Anissyuhada di Tiktok pada Isnin.

SHAH ALAM - Tidak dilahirkan daripada keluarga berpendidikan tinggi, ia bukan satu kekurangan sebaliknya bersyukur kerana membesar dalam legasi keluarga pemandu lori bermula daripada arwah ayah hingga diwarisi kepada anak-anak.

Perkongsian seorang pengguna media sosial Tiktok yang memuatnaik video mengenai lima adik beradik lelakinya bekerja sebagai pemandu lori menuai pelbagai reaksi.

Perunding perkahwinan, Nur Anissyuhada Samsudin, 36, berkata, lima orang abangnya iaitu Rashidi, Shahrol Fazli, Khairol Fazimi, Muhd Fitri dan Muhd Safiy memandu lori berdasarkan minat serta pengalaman yang diasuh sejak kecil.

Menurut puteri tunggal keluarga berkenaan, arwah ayah gigih mencari pendapatan sejak anak sulung berusia 10 bulan dan selepas meninggal dunia, ilmu mengendalikan lori muatan 10 tan diturunkan kepada generasi seterusnya.

“Jadi, apabila berkumpul waktu hari raya, topik perbualan utama memang tentang lori dan jadual pergerakan kerja masing-masing di seluruh Semenanjung bahkan ada juga ke Singapura.

“Musim perayaan belum tentu semua dapat berkumpul, jika ada rezeki barulah dapat kumpul beramai-ramai kerana mereka bekerja dengan syarikat berbeza.

“Gaji pun tak sama mengikut ketetapan syarikat dan jadual perjalanan, kebanyakannya berpendapatan mencecah empat angka tetapi bergantung kepada keadaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Gadis asal Alor Setar itu memaklumkan, pendapatan besar tidak dinafikan mempunyai tanggungjawab yang berat sehinggakan terpaksa berkorban masa, tenaga dan merisikokan kesihatan demi tuntutan kerja.

Tambahnya, walaupun ada suara-suara nakal yang menyindir ahli keluarga bekerja sebagai pemandu lori disebabkan ia bukan bidang profesional atau dambaan masyarakat, dia berlapang dada kerana percaya dengan perancangan dan rezeki ALLAH SWT.

“Ya, semakin besar pendapatan semakin berat tanggungjawab, semua ini kita mungkin mampu merancang, selebihnya ALLAH SWT tentukan.

“Pendidikan amat penting bahkan kami juga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ada yang belajar hingga ke peringkat Diploma Sains Perubatan, namun tidak meneruskannya kerana faktor ekonomi serta arwah ayah sudah uzur.

“Bagaimanapun, kami tak berputus asa untuk cari pendapatan halal dan ubah kehidupan kami sekeluarga,” ujarnya.

Ditanya mengenai pandangan sesetengah anak muda yang enggan menyambung pelajaran semata-mata mengejar gaji lumayan, Nur Anissyuhada berpandangan, mencari ilmu amat penting dan dituntut dalam Islam namun jika minat ke arah kerjaya berisiko, maka terpulang kepada individu berkenaan.

“Jangan salah faham dengan kisah pendapatan lumayan sebagai pemandu lori kerana bayaran gaji setiap syarikat tak sama dan kalau ada lori sendiri, ia bergantung kepada permintaan.

“Apa pun, berbalik kepada usaha dan rezeki masing-masing. Setiap orang ada jalan cerita serta takdir, janji ALLAH SWT itu pasti bagi yang berusaha,” katanya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 11:03 PM | Show all posts
Just answer this simple question.
Tiada pemandu lori (salah satu rantaian logistik).............agak2 kebulor tak rakyat Malaysia?? Mampu ke Malaysia menjana ekspot bertrillion ringgit setahun??

So.....bukan Doktor, bukan cikgu je yang penting. Pemandu lori dan semua yang involve dalam 3D jobs tersangatlah penting. My respect to them
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebok sangat orang Malaysia ni dengan kerjaya orang.

Biar orang lain dgn cara diorang...ko dgn cara engko.

Tak faham kenapa orang kena jadi macam yg engko nak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:36 AM | Show all posts
isu semasakah?
mmmmmmm..............
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
lantak la kerja apa pun janji halal. bljr tggi melangot pun ujung2 jadi bewok membazir jugak.
sapa la yg gigih sgt sindir2 kerjaya anak org.
yg penting berilmu tak kisah la kutip ilmu dari mana (jgn ilmu yg bukan2 sudah)
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hb i skrg pemandu lori jugak.. tapi utk kegunaan peribadi long distance journey lah... lori motorhome
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 25-4-2024 11:17 PM
Sebok sangat orang Malaysia ni dengan kerjaya orang.

Biar orang lain dgn cara diorang...ko dgn ...

Melayu mmg suka up humblebrag ke acik?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 26-4-2024 12:50 PM
apam replied at 26-4-2024 12:33 PM
Melayu mmg suka up humblebrag ke acik?


Sebab salah satu kejayaan UMNO melalui DEB adalah melahirkan golongan professional Melayu tetapi gagal melahirkan usahawan Melayu.

Sebab nak jadi usahawan memang belemuih la berpeluh masuk site, bawa lori bagai.

So memang bukan culture Melayu zaman sekarang berlemuih nak jadi Usahawan bagai ni...Melayu tak boleh jadi Usahawan...jadi golongan professional je boleh.

A bitter pill to swallow. But have to swallow la kan nanti sakit jiwa pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 03:57 PM | Show all posts
Despite their undeniable benefits, social grants are not without challenges. Sustainable funding mechanisms must be established to ensure the continuity and adequacy of grant programs, particularly in the face of budget constraints and economic downturns. Moreover, efforts should be made to enhance the efficiency and effectiveness of grant delivery systems
https://sassastatuscheck-online.co.za/
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 04:34 PM | Show all posts
dlm family iol ada je yg si ayah, anak2 dh besor2 meneruskan legasi ayahnya
sok ada cucu jgn2 turun ke cucu jugak

x nafikan kerjaya yg penting utk pembangunan negara secara tak langsung
tp sorry to say la dorg ni belajar pun tak bersungguh
so laluan kerjaya tu mmg agk kecik
jln mudah dgn pendapatan yg blh la survive ank beranak, ni lah dianya

personally this is my family ye
org lain terpulang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu lori ni penting, tp tolonglah jgn menakutkan pemandu awam. Aku bwk 80-100 lorong bkn laju pun di hi beam nya. Depan tu ada kereta lain. Lagi satu klu dh tau perlahan duduk lorong plg x laju la. Ni bila ko dh kt tgh, lorong laju bnyk kereta gila2 bwk, nk overtake payah. Terpaksa la mengekor lori pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah berapa kali tengok iklan pemandu lori professional bawa trak besar merentas Australia gaji tahunan ratusan ribu dollar Australia mengalahkan gaji professional engineer dsb di Australia tu. Of course kerja tu susah dan mencabar tapi dapatlah bayaran berpatutan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu lori besar ni bukan kecik gajinya. Aku ada client bawa lori trekwr gaji RM8K gak sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerjalah apa pun
Janji halal dan berkat
Walau cuma kerja pengangkut sampah

- arwah Abah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.060390 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list