View: 1260|Reply: 4
|
[Tempatan]
Dua simpang masuk ke GCE di Elmina tutup 3 bulan
[Copy link]
|
|
Dua simpang masuk ke GCE di Elmina tutup 3 bulan
BERNAMA - April 25, 2024 @ 7:25pm
KUALA LUMPUR: Dua simpang masuk ke Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) di Elmina ditutup tiga bulan bermula 27 April hingga 26 Julai depan dalam usaha menambah baik aliran lalu lintas di kawasan berkenaan.
Prolintas Expressway Sdn Bhd (PESB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu membabitkan simpang masuk dari Elmina (Timur) menuju Rawang dan simpang masuk dari Elmina (Barat) menuju Shah Alam.
"Susulan penutupan itu, pengguna diminta membuat pusingan U di bulatan di kedua-dua arah untuk mengakses susur masuk ke arah Rawang atau Shah Alam.
"Sekiranya langkah ini dilihat berjaya mengatasi isu kesesakan di lokasi, pihak pengendali lebuh raya bercadang membuat penutupan kekal simpang berkenaan," kata kenyataan itu.
PESB berkata, penutupan itu sudah dibincangkan dan dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa tempatan, pembangunan hartanah dan persatuan penduduk.
"Hasil perbincangan mendapati mereka yang menggunakan simpang terbabit mengganggu aliran lalu lintas dan menyebabkan kesesakan trafik teruk terutama pada waktu puncak," kata kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas, boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1800-22-8888 atau e-mel kepada feedback@prolintas.com.my. – BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat terhempas apa kesudahan penyiasatannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kwsn ni jem teruk especially dari elmina ke shah alam kalau lalu lepas jam 7am. Rasanya selain penduduk elmina, penduduk saujana utama pun lalu jln ni kot utk ke shah alam |
|
|
|
|
|
|
|
suka ikut jln ni lenggang je klu waktu tghari..kohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan penduduk Saujana Utama je..dari Eco,Puncak Alam, Ijok smua lalu situ..lagi byk kereta lepas jalan pintas dari Eco Grandeur bukak ke Saujana Utama..Persiaran Elmina tu bulan puasa pkl 6 pagi dah berdedai kereta..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|