CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 793|Reply: 0

[Tempatan] Pengumuman dalam pengumuman:Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.





Beliau menegaskan jika dasar rasionalisasi subsidi kerajaan berjaya, penjimatan itu boleh dialihkan kepada bantuan sosial yang berpotensi meningkatkan pengurangan kemiskinan di samping menjana penjimatan fiskal.

“Saya tahu ramai yang bertanyakan mengenai masa untuk kita memperkenalkan mekanisme itu, walau bagaimanapun, mengutamakan penyelarasan dan persediaan untuk langkah itu adalah perlu bagi sesuatu yang sebesar ini,” katanya ketika berucap semasa pelancaran Malaysia Economic Monitor ke-29 oleh Bank Dunia bertajuk Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, 11.6 juta individu atau 52.6 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah mendaftar dengan hab Pangkalan Data Utama (PADU).

“Ini memberikan kapasiti yang mencukupi untuk akhirnya melaksanakan rasionalisasi subsidi dan peralihan daripada model regresif subsidi menyeluruh.

“Pada tahap yang diperlukan ini, data berbutir, kita boleh meminimumkan kesilapan pengecualian dan rangkuman, dan memastikan pengagihan subsidi yang saksama kepada mereka yang paling memerlukannya,” katanya.

Sementara itu, laporan Malaysia Economic Monitor oleh Bank Dunia menekankan prospek pertumbuhan jangka panjang Malaysia, yang sangat bergantung pada pengukuhan modal insan dengan meningkatkan hasil pembelajaran untuk kanak-kanak.

Laporan itu membuat empat syor untuk meningkatkan hasil pembelajaran termasuk memastikan semua kanak-kanak mendapat manfaat daripada pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi dan berada di sekolah rendah dalam keadaan bersedia untuk belajar, selain meningkatkan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak dan kualitinya untuk isi rumah berpendapatan rendah.

“Malaysia juga mesti mengukur dengan teliti hasil pembelajaran pelajar dan menanda aras kepada piawaian antarabangsa selain perlu mengukur prestasi guru secara menyeluruh.

“(Selain itu) perlu menyediakan program latihan guru yang berkesan, serta dasar yang mempertimbangkan pengalaman dan keperluan guru, sekali gus memastikan keberkesanan dan kemampanan,” menurut laporan itu. – Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047690 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list