CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2498|Reply: 21

[Tempatan] 32 perkara penstrukturan semula Akaun KWSP yang perlu anda tahu

  [Copy link]
Post time 26-4-2024 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 26-4-2024 07:33 PM

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan dan Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Berikut adalah apa yang perlu kita tahu mengenai penstrukturan tiga akaun berkenaan:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan penstrukturan semula akaun KWSP?
Penstrukturan semula akaun KWSP adalah bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.
Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

i. Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada "Akaun Persaraan"; dan
ii. Akaun 2 pula dinamakan "Akaun Sejahtera" tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut;
iii. Memperkenalkan satu akaun baharu iaitu Akaun ke-3 iaitu "Akaun Fleksibel";

iv. Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.
v. Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).

2. Mengapakah KWSP melaksanakan penstrukturan semula akaun KWSP?
Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk:
- Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
- Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
- Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
- Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

3. Apakah itu Akaun Persaraan?
Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini terdiri daripada 75% jumlah simpanan ahli yang bertujuan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.
Simpanan di Akaun Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli berumur 55 tahun. Bagaimanapun, ahli yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan dalam pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

4. Apakah Akaun Sejahtera?
Akaun Sejahtera adalah Akaun 2 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini terdiri daripada 15% jumlah simpanan ahli yang bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti berikut:

i. Perumahan
ii. Pendidikan
iii. Kesihatan
iv. Perlindungan Insurans
v. Haji
vi. Pengeluaran 50 Tahun

5. Apakah itu Akaun Fleksibel?
Akaun Fleksibel adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.
Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

6. Bilakah tarikh pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?
Pelaksanaan penstrukturan tiga (3) akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024.

7. Adakah penstrukturan semula akaun KWSP yang baharu melibatkan semua ahli KWSP?
Penstrukturan semula akaun KWSP terpakai kepada semua Ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun pada 11 Mei 2024.

8. Adakah Akaun 55 dan Akaun Emas masih wujud selepas penstrukturan semula akaun KWSP ini dilaksanakan?
Ya, bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, kesemua baki simpanan dalam ketiga-tiga akaun akan dipindahkan ke Akaun 55. Caruman baharu yang diterima mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas.

Penstrukturan Semula Akaun

9. Apakah yang akan berlaku dengan simpanan sedia di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 setelah penstrukturan semula akaun KWSP dilaksanakan?
Baki simpanan di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel iaitu akaun baharu akan bermula dengan sifar (0).

Caruman Baharu

10. Bagaimanakah caruman baharu dikreditkan selepas tarikh kuat kuasa penstrukturan semula akaun KWSP?
Caruman baharu yang dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan akan diagihkan mengikut nisbah seperti berikut:
i. Akaun Persaraan: 75%
ii. Akaun Sejahtera: 15%
iii. Akaun Fleksibel: 10%
Ilustrasi pembahagian caruman berdasarkan penstrukturan semula akaun KWSP yang baharu:

11. Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan pindahan amaun permulaan?
Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel. Ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.

12. Bagaimanakah amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel ditentukan?
Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan seperti berikut:
Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera
Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:-
i. Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;
ii. Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan
iii. Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.

13. Bagaimanakah ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel?
Ahli digalakkan untuk membuat permohonan secara online melalui KWSP i-Akaun untuk proses yang lebih mudah dan pantas.
Walau bagaimanapun, bagi ahli yang menghadapi kesukaran akses kepada kemudahan online boleh membuat permohonan melalui Self Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

14. Bilakah ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan?
Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.
Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

15. Apakah yang akan berlaku sekiranya ahli tidak membuat pilihan pindahan amaun permulaan?
Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sedia ada akan kekal.
Manakala, caruman baharu akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Pengeluaran daripada akaun tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran semasa.

16. Bilakah pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel akan diluluskan?
Pilihan pindahan amaun permulaan akan berkuat kuasa apabila tindakan pindahan ke Akaun Fleksibel dibuat dalam tempoh 3-5 hari.

Pindahan Caruman

17. Adakah ahli boleh membuat pindahan daripada Akaun Fleksibel ke Akaun Sejahtera atau Akaun Persaraan?
Ahli boleh membuat pindahan sebahagian simpanan seperti berikut:
i. Akaun Fleksibel ke Akaun Sejahtera
ii. Akaun Fleksibel ke Akaun Persaraan
iii. Akaun Sejahtera ke Akaun Persaraan
Pindahan simpanan adalah sehala, di mana simpanan yang telah dipindahkan keluar tidak boleh dipindahkan semula ke akaun asal. Namun, pindahan tidak boleh dibuat daripada Akaun Persaraan kepada Akaun Sejahtera dan/ atau Akaun Fleksibel kerana keutamaan akaun tersebut adalah untuk persaraan.

18. Bolehkah ahli memohon untuk memindahkan caruman?
Ahli boleh mengemukakan permohonan pindahan caruman di mana-mana kaunter KWSP dengan melengkapkan Borang Pindahan Simpanan Ke Akaun Persaraan/ Akaun Sejahtera.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

19. Adakah kelayakan pengeluaran pra-persaraan ahli terjejas dengan penstrukturan semula akaun KWSP ini?
Tidak, ahli masih layak untuk membuat pengeluaran pra-persaraan sedia ada tertakluk kepada terma dan syarat semasa.

20. Apakah jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan selepas pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?
Jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:

Sebelum Umur 55 Tahun

Akaun Persaraan: Skim Pelaburan Ahli
Akaun Sejahtera: Pengeluaran Perumahan, Pendidikan, Kesihatan, Haji, 50 tahun dan Pelan Perlindungan Ahli (PPA)
Akaun Fleksibel: Pengeluaran Akaun Fleksibel (baharu)
Kesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian, Pengeluaran Meninggalkan Negara dan Pengeluaran Pekerja Berpencen
Pengeluaran Melebihi RM1 Juta
Selepas Umur 55 Tahun
Akaun 55: Pengeluaran 55 tahun
Akaun Emas: Pengeluaran 60 tahun
Kesemua Akaun: Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara

21. Adakah ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?
Boleh, ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

22. Apakah syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?
Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:
a. Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
b. Belum mencapai umur 55 tahun
c. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
d. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

23. Adakah ahli boleh membatalkan permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan apabila permohonan telah diluluskan. Ahli disarankan untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.

24. Bagaimanakah kaedah permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:
i. Secara online melalui KWSP i-Akaun; atau
ii. Kunjungi mana-mana kaunter KWSP

25. Adakah ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan?
Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu menggunakan akaun bank yang aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.

26. Adakah ahli perlu hadir di kaunter bagi tujuan menurunkan/ pengecaman cap ibu jari (CIJ) untuk permohonan secara dalam talian?
Tidak, ahli tidak perlu hadir di kaunter bagi tujuan di atas kerana semakan dan pengesahan akan dibuat melalui sejarah rekod ahli dan menerima pakai lain-lain kawalan.
Sekiranya ahli tiada sejarah rekod pengeluaran sebelum ini, ahli perlu menjalani pengesahan identiti melalui cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP. Sekiranya jumlah pengeluaran adalah kurang daripada RM10,000, ahli boleh melalui proses pengesahan identiti secara dalam talian.

27. Apakah kaedah bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Bayaran bagi Pengeluaran Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Fleksibel berjalan lancar:
• Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
• Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

28. Adakah ahli yang telah memohon Pengeluaran Bersyarat Umur 50/ 55 Tahun di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?
Ya, Pengeluaran Bersyarat Umur 50/ 55 Tahun (FSA2) hanya melibatkan simpanan dalam Akaun Sejahtera (sebelumnya Akaun 2) sahaja. Sehubungan itu, ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Fleksibel dan had minimum pengeluaran.

29. Bilakah bayaran Pengeluaran Fleksibel dikreditkan ke dalam akaun bank ahli?
Bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
Lain-lain

30. Adakah penstrukturan semula akaun KWSP memberi impak kepada status akaun Simpanan Shariah ahli?
Penstrukturan semula akaun KWSP tidak akan mengubah status akaun ahli yang telah bertukar ke Simpanan Shariah.

31. Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Sekiranya Pengeluaran Akaun Fleksibel dibuat oleh ahli yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi atau yang terjejas sumber pendapatannya bagi menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungannya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan, maka zakat tidak diwajibkan.
Selain daripada sebab-sebab di atas, Pengeluaran Akaun Fleksibel yang dibuat tertakluk kepada zakat pada kadar 2.5% tanpa perlu menunggu haul setahun, sekiranya mencapai nisab (setelah mengambil kira semua pendapatan dalam tempoh haul setahun).

Ahli beragama Islam dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri masing-masing berhubung apa-apa perkara berkaitan zakat.

32. Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas baki simpanan di dalam Akaun Fleksibel yang tidak dikeluarkan?
Ya. Baki simpanan di dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada zakat simpanan pada kadar 2.5% setiap tahun berdasarkan Haul sekiranya mencapai Nisab setelah diambil kira semua baki simpanan ahli yang lain.

Ini adalah kerana simpanan di dalam Akaun Fleksibel yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa telah memenuhi salah satu syarat wajib zakat iaitu pemilikan sempurna.

Ahli beragama Islam dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri masing-masing berhubung apa-apa perkara berkaitan zakat.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni namanya x de keje Cr keje. Org srh buat keje Cr pelaburan prospek yg bgs2 supaya dividen masyuk bkn buat bnd2 yg x de manfaat mcm ni. Apa beza akaun 1 dgn 2 pun ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:41 PM | Show all posts
increase 5% money lock till 55, dulu 70%, new system 75%
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 26-4-2024 07:12 PM
Ni namanya x de keje Cr keje. Org srh buat keje Cr pelaburan prospek yg bgs2 supaya dividen masyuk b ...

Habis ko nak tunggu mereput baru nak enjoy ke? Nampak sangat tak de akaun!

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadi dengan kemudahan pinjam dengan bank hari tu? Krik krik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:27 AM | Show all posts
syukurrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 26-4-2024 07:12 PM
Ni namanya x de keje Cr keje. Org srh buat keje Cr pelaburan prospek yg bgs2 supaya dividen masyuk b ...

Sbb ada org yg ckp2 “klu boleh buat kluar duit epf yg bagus, klu gna duit epf byr dp keta kn bagus, klu lh boleh buat kluar duit epf sket bye hutang cc bla bla bla byr kalau nya”… so nah, amek 10% dr epf tu utk kluar suka2 hati lh buat apa nk…xtau lh banyak mna 10% yg org2 duk byk mengomel kalau itu ini tu dpt…

Yg x tergolong dlm org yg ckp kalau2 ni, biar jelah duit tu dlm tu gna bila perlu…kita xtau 2-3 tahun lg mgkin yg 10% bleh buat kluar anytime tu jd manfaat kt kita
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak merasa kot until 55
Kena retrenchment so belum bekerja lagi ni huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 04:55 PM | Show all posts
Boleh opt out tak dr akaun 3?

Also dividen calculation nnt sama ke utk semua akaun
Haap team epf jawab asap on this
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by aechae at 27-4-2024 05:23 PM
randa replied at 27-4-2024 04:55 PM
Boleh opt out tak dr akaun 3?

Also dividen calculation nnt sama ke utk semua akaun


Dividen sama je..ada kt FAQs apps EPF dh explain..
Xda opt out… ignore kn aje buat2 x nmpak klu xnk keluarkn duit or transfer je dr acc 3 tu msuk acc 1 or 2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
randa replied at 27-4-2024 04:55 PM
Boleh opt out tak dr akaun 3?

Also dividen calculation nnt sama ke utk semua akaun

1. Tak boleh opt out
2. Dividen sama utk semua akaun

Baru tau yg akaun 3 tu kena zakat
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 07:31 PM | Show all posts
jgn lupa zakat 2.5%
dah bagi akaun fleksibel pun masih ada  acik FB merungut sikit sgt katanya
ada yang acc 2 dah kosong
serba salah ya KWSP
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shalalat replied at 27-4-2024 05:24 PM
1. Tak boleh opt out
2. Dividen sama utk semua akaun


Walaupun kita tak sentuh langsung akaun 3 ni, kita tetap kena keluarkan zakat setiap tahun ye?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 09:56 PM | Show all posts
Boleh la renovate rumah aii


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 27-4-2024 08:28 PM
Walaupun kita tak sentuh langsung akaun 3 ni, kita tetap kena keluarkan zakat setiap tahun ye?

Ye sis, boleh refer faq #32 atas ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
shalalat replied at 27-4-2024 05:24 PM
1. Tak boleh opt out
2. Dividen sama utk semua akaun


Mcm yg i-sinar apa semua msa PKP dlu lah kn? Klu kita buat kluar suka2 msa tu kna zakatkn dlu bru spend..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
shalalat replied at 27-4-2024 11:31 PM
Ye sis, boleh refer faq #32 atas ni

Mekasih sis
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:01 PM | Show all posts
malas nak baca panjang bebeno

acc 3 tu kalu taknak muleh ka? opt out? kena isi borang ka apa ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:21 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 3-5-2024 05:01 PM
malas nak baca panjang bebeno

acc 3 tu kalu taknak muleh ka? opt out? kena isi borang ka apa ka?

Refer post #11.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 3-5-2024 05:01 PM
malas nak baca panjang bebeno

acc 3 tu kalu taknak muleh ka? opt out? kena isi borang ka apa ka?

X blh. Akaun 3 wajib.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073106 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list