CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1356|Reply: 2

[Jenayah] Gambar kes Yakuza Jepun bunuh, kerat mayat diedar polis

[Copy link]
Post time 26-4-2024 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 26-4-2024 07:39 PM

Polis berkata seorang suspek warga Thailand yang ditahan pada 23 April lalu, mengaku memandu tiga lelaki Jepun ke sebuah gudang di pinggir Bangkok.

Suspek berusia 34 tahun itu, Kritsakorn Jaiphitak, juga dikenali sebagai Bom, memberitahu polis bahawa pertengkaran sengit berlaku antara lelaki di tempat duduk penumpang hadapan dan dua penumpang di tempat duduk belakang.

Sebaik kenderaan itu tiba di kilang, seorang penumpang tempat duduk belakang mengarahkan Bom meletak kenderaan dan memintanya keluar dari kereta.

Selepas melangkah keluar untuk menghisap rokok, Bom terdengar bunyi tembakan dari dalam kereta dan mendapati penumpang tempat duduk hadapan maut dengan kesan tembakan di kepala.

Beliau berkata dua lagi lelaki Jepun itu membawa mayat berkenaan ke dalam gudang dan kembali dengan beberapa beg plastik hitam yang kelihatan berat.

Mereka kemudian mengarahkannya untuk memandu ke lokasi berbeza, di mana mereka membuang beg berkenaan.

Polis mengiringi Bom ke kilang berkenaan untuk mencari bukti lanjut dan penyiasat mendakwanya dengan tuduhan bersekongkol untuk menyembunyikan serta memusnahkan mayat. - AGENSI



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bom ni keje bawak teksi ke apa. Kes Naya ni mat. Member x Tau apa2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian bom..tgk muka pun terpaksa daa..apela tuduh subahat plak?dh terang2 dia dorg tembak..mana berani bom xikut nk arahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.189636 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list