CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2522|Reply: 8

[Jenayah] Lelaki ditahan menyamar juruterbang Singapore Airlines di lapangan terbang Delhi

[Copy link]
Post time 27-4-2024 01:31 AM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Polis India semalam menahan seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi kerana menyamar sebagai juruterbang Singapore Airlines, selepas dia ditemui berjalan di sekitar lapangan terbang dengan berpakaian lengkap juruterbang.

The Straits Times melaporkan, Sangeet Singh, 24, dikesan memakai pakaian seragam juruterbang tentera laut dan mempunyai kad pengenalan (ID) Singapore Airlines palsu di lehernya yang memberinya akses kepada operasi dalam penerbangan.

Selepas disoal siasat dan diperiksa oleh pegawai dari Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat, ID Singh didapati palsu.

Dia membuat ID palsu menerusi aplikasi dalam talian, Business Card Maker dan membeli pakaian seragam itu daripada Pilot 18, sebuah kedai aksesori penerbangan di Delhi, lapor Press Trust India, memetik seorang pegawai polis.

Lelaki itu menipu keluarganya dengan mengatakan dia bekerja di Singapore Airlines sebagai juruterbang.

Siasatan mendedahkan Singh menamatkan kursus hospitaliti penerbangan selama setahun pada 2020 di sebuah institusi di Mumbai.

Berasal dari wilayah utara, Uttar Pradesh, Singh didakwa atas tuduhan menipu dan pemalsuan di bawah kanun keseksaan India dan siasatan sedang dijalankan, menurut polis tempatan.

"Sangat gembira dia ditahan," ciap Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke India, Simon Wong di X, turut disertai gambar Singh.

Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi adalah salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia, mengendalikan kira-kira 72 juta penumpang pada 2023.

Sebaliknya, Lapangan Terbang Changi Singapura mengendalikan kira-kira 58.9 juta penumpang pada 2023.

Singapore Airlines terbang setiap hari ke New Delhi, yang juga ibu negara India - AGENSI

Sangeet Singh menipu keluarganya dengan mengatakan dia bekerja di Singapore Airlines sebagai juruterbang. - Foto AGENSI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai…desperate bebeno ye smp nipu kuarga as pilot…sblm ni heol dah byk kali lepas ke smp kne tangkp tu? Dah kne tangkap pon heol masih gumbira ye..delulu ke hape ni..pakej dah ade jd pramugara pon boleh jeks…xpasal2 nama ada rekod buruk…
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Fefeeling leo di caprio dalam catch me if you can le tew
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 03:47 AM | Show all posts
Pakai baju tentera laut, claim pilot sq kat international epot. Senang la kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat IG tu ramai bebeno pilot request follow. Mesti spesis mamat ni jugak. Pakai baju pilot 24/7.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
gmbr tu dia ke...bajet hensem pkai spek cenggitu ? puihh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni xbetul nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih kurang anggota PDRM berketurunan Melayu,  kena buang dari PDRM tapi masih pakai uniform Polis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian
leinkali bljr la elok2..xyah susah2 nak membongak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.971692 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list