CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1288|Reply: 0

[Pulau Pinang] USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:36 AM | Show all posts |Read mode
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km

27 April 2024 08:34am








Xuan Ping berkata, cuaca tidak menentu menjadi cabaran utama ketika menyiapkan projek berkenaan selain kekangan masa susulan pelajar perlu menghadiri kuliah. - Foto Bernama




GEORGE TOWN - Penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer (km).

Sijil pengiktirafan diserahkan oleh Penolong Pengurus Pemasaran MBOR, Jeska Seah kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Prof Dr Shaharum Shamsuddin dalam satu majlis diadakan di Foyer Perpustakaan Hamzah Sendut 1 USM, di sini.



Pengarah Projek, Choo Xuan Ping berkata, idea untuk menghasilkan kaligrafi bertemakan Prelude: Naga's Quill itu tercetus sejak pertengahan tahun lepas sebagai praacara bagi Program Siri Persembahan Pentas Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) pada Jun depan.

Beliau berkata, bagi menjayakan projek berkenaan, lebih 1,000 penuntut terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik termasuk pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di USM terlibat dalam penghasilan kaligrafi itu selain dibantu pelajar sekolah menengah sekitar Pulau Pinang dan orang awam.



"Tema itu mengambil perkataan daripada beberapa bahasa bagi menonjolkan kemajmukan dan kepelbagaian kaum di Malaysia di samping merapatkan perpaduan melalui interaksi budaya dalam kalangan pelajar.

"Proses ini mengambil masa tiga hari bermula Isnin dan siap pada Rabu lepas, menggunakan 28 gulung kertas kaligrafi dengan setiap individu perlu menulis sekurang-kurangnya empat patah simpulan bahasa membawa maksud baik dan positif. Secara keseluruhan kita dapat mengumpul 3,000 simpulan bahasa ditulis di atas kertas sepanjang 2.68km," katanya.

Xuan Ping berkata, cuaca tidak menentu menjadi cabaran utama ketika menyiapkan projek berkenaan selain kekangan masa susulan pelajar perlu menghadiri kuliah.

Sementara itu, Shaharum dalam ucapannya berkata, kejayaan dicapai membuktikan kecemerlangan pelajar USM yang tidak terhad dalam bidang akademik sahaja tetapi meliputi kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum.




"Kemahiran kepimpinan dan kemahiran insaniah yang ditunjukkan mereka juga merupakan bukti kemampuan luar biasa dalam menghadapi cabaran.

"Ia sekali gus mengaplikasikan kepelbagaian budaya negara untuk memperlihatkan keunikan dan aspirasi mahasiswa," katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.236884 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list