CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 734|Reply: 0

[Jenayah] Gara-gara tunjuk isyarat lucah, lelaki cedera dipukul pemandu peribadi

[Copy link]
Post time 27-4-2024 07:17 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Gara-gara menunjukkan isyarat 'jari tengah', seorang lelaki cedera akibat dipukul seorang pemandu peribadi dalam kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita berusia 49 tahun yang yang juga isteri mangsa, pada hari sama.

Menurutnya, dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, wanita terbabit bersama suaminya yang berusia 47 tahun menaiki kereta Mercedes berhenti di tepi Jalan Memanda 9 berhampiran susur keluar ke Jalan Ampang.

"Datang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dipandu seorang lelaki yang berhenti di hadapan kereta mereka sebelum lelaki itu keluar dan mengetuk cermin kereta pengadu.

"Suspek memarahi suami pengadu iaitu mangsa dan terus memukul mangsa sehingga terjatuh serta tidak sedarkan diri.

"Suspek juga menyepak pintu kereta mangsa menyebabkan kerosakan dan kerugian kira-kora RM2,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di bahagian muka dan mata kanan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Ekoran daripada aduan yang diterima itu, Mohd Azam berkata sepasukan polis berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 44 tahun di Jalan Kampung Melayu Ampang di sini, pada jam 10 malam tadi.

"Soal siasat mendapati punca kejadian kerana mangsa menunjukkan isyarat lucah kepada suspek yang memandu Toyota Alphard di hadapan kereta mangsa di lorong Smart Tag berhenti mengejut dan beralih ke lorong Touch n Go di sebuah plaza tol berhampiran," katanya.

Katanya, semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu peribadi itu mempunyai tujuh rekod lampau.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 30 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Foto hiasan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list