CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 782|Reply: 1

[Tempatan] Kanak-kanak perempuan cedera terjatuh dari tingkat dua pangsapuri

[Copy link]
Post time 27-4-2024 07:40 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas terjatuh dari tingkat dua rumahnya di Pangsapuri Taman College Height di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian kira-kira 9.20 pagi itu berlaku ketika kanak-kanak berusia empat tahun berkenaan dipercayai berada bersama seorang adik perempuannya berusia tiga tahun, manakala ibu bapa mereka tiada di rumah.

"Berdasarkan pemerhatian, tingkap rumah itu tidak berkunci dan tiada jeriji. Ketika tiba, anggota polis lihat saksi memangku kanak-kanak itu yang dalam keadaan sedar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak itu yang cedera pada dagu dan patah tulang paha kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar di sini, manakala polis akan merekodkan keterangan ibu bapanya untuk siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mohamad Hatta sehubungan itu menasihati ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak-anak yang masih kecil bersendirian di rumah walaupun hanya sebentar. – BERNAMA

Foto hiasan



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh tul mak bapak jenis tau membiak je ni.. Anak 2 3 tahun di biar kat rumah tanpa pengawasan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.448656 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list