CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 1

[Dunia] Anwar akan hadir Forum Ekonomi Sedunia di Riyadh

  [Copy link]
Post time 27-4-2024 07:49 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi untuk menghadiri mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) yang bermula hari ini sehingga Isnin ini.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata lawatan kerja Anwar adalah atas jemputan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri.

Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Mesyuarat Khas yang bertemakan "Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan" akan dihadiri oleh ketua-ketua negara dan kerajaan serta pemimpin industri.

Perbincangan akan tertumpu kepada isu pembangunan mampan, keselamatan tenaga, perdagangan dan pelaburan, serta isu-isu geopolitik semasa.

Perdana Menteri akan menyertai Sesi Panel bertemakan "Wawasan Baharu untuk Pembangunan Global" bersama pemimpin-pemimpin negara lain semasa Pembukaan Mesyuarat Khas ini.

Selain itu, Anwar akan menyertai "Joint Regional Strategy Dialogue on ASEAN – Gulf CooperationCouncil (GCC)" yang diadakan khusus untuk mengetengahkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 dan Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama dalam sesi itu.

Wisma Putra berkata, Perdana Menteri juga akan menghadiri program Dialog Strategi Negara dan akan berinteraksi dengan pemimpin industri dunia bagi mengetengahkan peluang-peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan di Malaysia.

Sesi itu diadakan khas untuk membolehkan Malaysia mengetengahkan keutamaan strategik dan inisiatif negara, termasuk pertumbuhan ekonomi dan fiskal, serta peluang perdagangan dan pelaburan.

Semasa lawatan kerja itu Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua negara dan kerajaan bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi akan mengukuhkan lagi hubungan erat yangsedia terjalin dengan Kerajaan Arab Saudi dan pada masa yang sama mempereratkan hubungan persahabatan di antara kedua-dua pemimpin. – BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto EIZAIRI SHAMSUDIN



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Uk-alahai.  Orang sume nak lari dari jadi pak sanggop pegi take over projek2 mega yang terbengkalai sana.  Mohon sesangat jangan kene scam ye.  Jangan sampai tak tau sekarang dok heboh pasal pak2 unte ni melobi sana-sini.  China pon dah angkat ketiak wat bodow..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049431 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list