CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 0

[Jenayah] 'Kami berdua bukan di bawah siasatan SPRM', kata Mokhzani dan Mirzan

[Copy link]
Post time 27-4-2024 08:02 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan mereka berada di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Dalam kenyataan bersama, Tan Sri Mokhzani dan Mirzan Mahathir berkata perintah notis yang diberikan kepada mereka adalah sebagai anak kepada seseorang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, keseluruhan siasatan itu menjurus bagi menentukan sama ada bapanya menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk memperkayakan mereka.

"Kami ingin memaklumkan di sini bahawa kami berdua BUKAN di bawah siasatan SPRM tidak seperti yang dilaporkan oleh sesetengah media.

"Perintah notis yang diberikan kepada kami adalah sebagai "anak" kepada seseorang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Kami menyangkal serta menolak tuduhan ini dan ingin membuktikan bahawa apa sahaja yang kami perolehi selama ini adalah melalui cara yang sah, menggunakan saluran betul tanpa membabitkan sebarang aktiviti jenayah.

"Memandangkan kami dikehendaki mengisytiharkan aset yang diperoleh selama tempoh 43 tahun dan disebabkan kekurangan rekod maklumat selama tempoh berkenaan, adalah membantu sekiranya pihak SPRM dapat menentukan (melanjutkan) tempoh masa yang bagi siasatan mereka.

"Terdapat juga sindiran yang menyatakan bahawa kami memerlukan lebih banyak masa kerana kekayaan kami yang terlalu banyak. Ini tidak benar sama sekali," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengakui pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terhadap Dr Mahathir bersama dua anaknya.

Bagaimanapun Azam tidak dapat memberikan maklumat secara jelas berkenaan isu yang sedang disiasat.

Mengulas lanjut mengenai lanjutan masa yang diperlukan, kedua-dua mereka memaklumkan kebanyakan dokumen yang diperlukan itu sudah tidak lagi boleh didapati terutamanya dari institusi kewangan dan juga sektor awam.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) contohnya hanya memerlukan pembayar cukai untuk menyimpan rekod yang mencukupi untuk tempoh tujuh tahun dan begitu juga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Bagaimanapun, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengumpulkan dokumen ini tetapi ada yang hampir mustahil untuk diperolehi memandangkan ia tidak lagi wujud," katanya.


Mirzan (kiri) dan Mokhzani Mahathir.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.499395 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list