CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 904|Reply: 2

[Tempatan] 52,442 penjawat awam terbabit penstrukturan semula akaun KWSP mulai 11 Mei

[Copy link]
Post time 27-4-2024 08:10 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seramai 52,442 penjawat awam akan terbabit dalam penstrukturan semula akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 11 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui satu muat naik di Facebook dan platform X, malam tadi.

Berikutan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengharapkan inisiatif murni penstrukturan semula dilakukan Kementerian Kewangan dan KWSP itu mampu menjaga kesejahteraan rakyat seiring dengan semangat MADANI.

"Kepada penjawat awam yang bercarum, KWSP sudah menstrukturkan semula Akaun KWSP yang akan berkuat kuasa 11 Mei ini... untuk makluman Akaun Persaraan (Akaun 1) kini dinaikkan kepada 75 peratus dan ia sangat penting, manakala untuk Akaun Sejahtera (Akaun 2) dikurangkan kepada 15 peratus iaitu mengikut keperluan.

"Akaun Fleksibel (Akaun 3) pula diwujudkan dengan caruman 10 peratus dan ia boleh digunakan sekiranya terdesak atau pun kecemasan," kata JPA.

Sebelum ini, KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan serta Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel itu boleh dikeluarkan bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Pada 13 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2024 memaklumkan akaun ahli KWSP akan distruktur semula bagi memperkasakan simpanan persaraan.

Katanya, itu antara tumpuan kerajaan dalam Belanjawan MADANI 2024 dalam menambah baik perlindungan sosial golongan tumpuan.

KWSP umum inisiatif penstrukturan semula akaun kepada tiga iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. - NSTP



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2024 08:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:00 PM | Show all posts
Sukur...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.207873 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list