CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1383|Reply: 1

[Jenayah] 41 kes kebakaran terbuka kawasan ladang, kebun di Gua Musang

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:32 AM | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG – Sebanyak 41 kes pembakaran terbuka melibatkan kawasan ladang, kebun dan hutan direkodkan di daerah ini sepanjang musim kemarau bermula Februari sehingga 23 April lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh berkata, lebih 30 panggilan berkait kebakaran terbuka telah diterima oleh pihaknya sepanjang Mac lalu.

“Cuaca panas menyebabkan kebakaran terbuka tercetus sebelum merebak terutamanya di kawasan hutan.

“Kebakaran terbuka boleh menyebabkan bahaya tidak terjangka sehingga boleh menyebabkan kebakaran rumah. Jadi, kita minta pengusaha ladang dan kebun supaya tidak membuat pembakaran pada peralihan monsun sekarang ini,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas pada tahap satu yang melibatkan beberapa kawasan yang mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Terdapat 10 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Pendang, Padang Terap, dan Baling di Kedah, (Kuala Kangsar) Perak, (Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli) Kelantan dan (Raub) Pahang. – KOSMO! ONLINE

Sebanyak 41 kes kebakaran terbuka dilaporkan berlaku di ladang, kebun dan hutan di Gua Musang dalam tempoh dua bulan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 01:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048670 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list