CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 880|Reply: 0

[Jenayah] Hizbullah serang utara Israel dengan dron, peluru berpandu

[Copy link]
Post time 28-4-2024 10:42 AM | Show all posts |Read mode
BEIRUT: Gerakan Hizbullah yang disokong Iran di Lubnan berkata pihaknya menyerang utara Israel dengan dron dan peluru berpandu, membalas serangan rentas sempadan tentera Zionis menyebabkan tiga terbunuh, termasuk dua anggotanya.

Menurut kenyataan daripada kumpulan itu, ia 'melancarkan serangan menggunakan dron dan peluru berpandu terhadap ibu pejabat komando tentera Al Manara yang menghimpunkan pasukan dari Batalion ke-51 Briged Golani'.

Tentera Israel berkata sistem pertahanan udara iaitu Iron Dome, berjaya memintas serangan udara mencurigakan yang menyeberang dari Lubnan ke kawasan Manara di utara Israel.

Tambahnya, tentera juga 'menyerang punca tembakan' dengan beberapa peluru berpandu anti kereta kebal yang dilancarkan dari Lubnan ke kawasan sempadan Manara.

Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan bahawa serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kampung Srebbine mencederakan 11 orang termasuk seorang parah.

Semalam, jet pejuang Israel 'menyerang struktur tentera Hizbullah di kawasan Qouzah di selatan Lubnan', menurut tentera dalam satu kenyataan.

Sempadan antara Lubnan dan Israel menyaksikan pertempuran hampir setiap hari sejak perang Israel-Palestin di Gaza bermula hampir tujuh bulan lalu.

Dalam dua kenyataan berasingan semalam, Hizbullah meratapi kematian dua pejuangnya dari kampung Kfar Kila dan Khiam.

Katanya, mereka sudah 'mati syahid dalam perjalanan ke Baitulmaqdis', ungkapan yang digunakan untuk merujuk kepada anggota yang terbunuh disebabkan tembakan Israel.

Hizbullah berkata pihaknya melancarkan puluhan roket ke pangkalan tentera Israel di Meron, utara Israel.

Kumpulan itu berkata ia adalah sebagai balasan bagi serangan Israel ke atas rumah orang awam di beberapa tempat di selatan Lubnan, termasuk Kfar Kila dan Srebbine.

Kenyataan tentera Zionist berkata sistem Iron Dome milik mereka berjaya memintas peluru berpandu yang dilepaskan ke arah utara Israel dari wilayah al-Manara Lubnan.

Tambahnya, tembakan ke arah kampung Srebbine menyasarkan ia 'infrastruktur tentera'.

Hizbullah mempergiatkan sasarannya ke atas tapak tentera di Israel sejak ketegangan memuncak antara Israel dan Iran berhubung pengeboman konsulat Damsyik di Tehran, Iran pada 1 April, dipersalahkan bulat-bulat ke atas Israel. - AFP

Sebuah rumah yang runtuh di kawasan sempadan Shebaa di selatan Lubnan, berikutan serangan Israel. - Foto AFP



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046212 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list