CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1211|Reply: 0

[Jenayah] Ustaz pusat tahfiz turut disiasat kes noda pelajar di Bachok

[Copy link]
Post time 28-4-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Muhamad Zaki (kanan) memyampaikan sampul raya kepada kanak-kanak pada Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, IPD Gua Musang, malam tadi. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!




GUA MUSANG – Beberapa laporan polis dijangka akan dibuat oleh mangsa lain apabila seorang ustaz dicekup selepas dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang dekat sini sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setakat ini, enam laporan terhadap suspek sama telah diterima pihaknya termasuk tiga laporan melibatkan pelajar tahfiz di Bachok yang berusia 12 hingga 13 tahun.

Beliau berkata, pihaknya yakin ramai lagi mangsa yang merupakan pelajar pusat tahfiz enggan tampil kerana masih bersikap ragu-ragu.

“Mungkin ramai lagi mangsa kerana di Machang sahaja kita dapati penuntut dan pelajarnya ada 15 orang. Jadi, mangsa yang lain mungkin masih ragu-ragu. Kita masih tunggu dan kita akan panggil ibu bapa terlibat,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, malam tadi.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan mendapati, pusat tahfiz berkenaan juga beroperasi tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) selain tidak dipantau oleh pihak berkuasa tempatan tempatan (PBT).

Katanya, pusat tahfiz itu beroperasi di bangunan terbiar di atas tanah milik kerajaan.

“Kita perlu melihat kes-kes seperti ini di daerah lain juga. Saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai Polis untuk melihat ke kawasan lain jika wujud kes sedemikian.

“Kita mahu institusi sekolah agama ini betul-betul memberikan satu pengajian dan boleh menjaga kebajikan anak-anak,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan, perbuatan jijik seorang ustaz dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki sejak dua tahun lalu terbongkar selepas dia ditahan polis baru-baru ini.

Suspek berusia 39 tahun yang merupakan tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz di Machang dicekup pada 16 April lalu. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.163445 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list