CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4119|Reply: 0

Uzbekistan, Jepun mara ke final Piala Asia B-23

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Uzbekistan, Husain Norchaev membuka jaringan ketika separuh akhir Piala Asia B-23 menentang Indonesia di Stadium Khalifa Bin Abdullah, Doha. - Foto AFP


DOHA: Uzbekistan dan Japan mengesahkan dua daripada tiga slot kelayakan Asia ke Olimpik dengan kemenangan ke atas Indonesia dan Iraq dalam aksi separuh akhir Piala Asia bawah 23 tahun di Qatar.

Uzbekistan menewaskan Indonesia 2-0 untuk tampil buat pertama kali di temasya berkenaan sejak merdeka daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

Husain Norchaev meletakkan skuad kendalian Timur Kapadze di depan pada minit ke-68 sebelum gol sendiri Pratama Arhan mengesahkan kemaraan Uzbekistan ke final.

Mereka akan bertemu Jepun yang menewaskan Iraq 2-0, dengan Mao Hosoya dan Ryotaro Araki menjaringkan gol pada minit ke-28 dan 42.


Kemenangan itu mengekalkan rekod kelayakan Jepun ke Olimpik sejak tahun 1996.

Uzbekistan, juara Piala Asia B-23 pada tahun 2018, akan berdepan Jepun pada Jumaat, manakala Indonesia bertemu Iraq pada Khamis untuk penentuan tempat ketiga dan kelayakan ke Olimpik Paris.

Pasukan yang tewas akan menentang Guinea, pasukan di tangga keempat kelayakan Afrika untuk slot terakhir ke Olimpik. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... nal-piala-asia-b-23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055515 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list