CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4706|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah tukar pengakuan tak bersalah cederakan lelaki

[Copy link]
Post time 30-4-2024 12:48 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

SEREMBAN: Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah di Nilai yang didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki pusat itu pada bulan lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh M Jason Jai Ganesh, 48, dan Kelvin Raymond, 26, mengubah pengakuan mereka itu ketika prosiding sebutan semula untuk serahan laporan perubatan serta hukuman di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan sengaja menyebabkan cedera parah seorang lelaki berusia 38 tahun menggunakan senjata sebatan paip PVC.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka pada 19 Mac lalu pada kira-kira jam 11 pagi dalam sebuah pejabat pengurusan pusat pemulihan di Lenggeng, Nilai dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syamini Farhana Muhammad A Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam, Patrick Samuel.

Patrick dalam rayuannya memohon mahkamah menawarkan wang jaminan rendah berikutan kedua-dua ibu bapa tertuduh tidak bekerja dan mereka berasal daripada keluarga miskin.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Jun bagi sebutan semula kes.
https://www.bharian.com.my/berit ... gakuan-tak-bersalah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049518 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list