CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4900|Reply: 6

[Tempatan] Kereta Bugatti milik Jho Low antara rampasan SPRM di Jerman

[Copy link]
Post time 30-4-2024 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 30-4-2024 03:15 PM


Asyik aset aje yg dirampas,
sampai bila nak ambil tindakkan yg buat aset hasil dari duit 1MDB...



Kereta Bugatti milik Jho Low antara rampasan SPRM di Jerman
Diterbitkan:  Apr 30, 2024 10:23 AM
Dikemaskini: 11:22 AM

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati salah satu daripada empat kereta model Bugatti Veyron yang dirampas di Munich, Jerman disyaki dibeli oleh Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, menggunakan dana daripada 1MDB.
Utusan Malaysia yang memetik sumber berkata baki kenderaan mewah edisi khas itu turut dipercayai milik bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny, bekas CEO Aabar Investments PJS (Aabar PJS) yang didakwa menerima sogokan daripada Jho Low.
“Sememangnya nama tiga individu ini sudah berada dalam radar siasatan SPRM,” kata sumber itu hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan berkata siasatan berkaitan isu itu dilakukan bermula pada 2020.
Katanya, permohonan bantuan Perundangan Bersama (MLA) ke Switzerland untuk mendapat maklumat tentang aset beku berkaitan kes 1MDB telah dilaksanakan pada bulan November tahun yang sama.
Ia diikuti dengan mesyuarat dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkaitan 50 kereta mewah yang terbabit dalam siasatan 1MDB pada tahun 2021.
Azam berkata, SPRM telah meminta maklumat daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1MDB yang digunakan untuk membeli kereta mewah di Jerman pada 26 Oktober 2022.
Dalam perkembangan terbaru ini, SPRM telah menghantar permohonan untuk maklumat terkini daripada pihak Jerman.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilapor berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan kes terbabit.
“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ada memaklumkan mengenai siasatan dilakukan mereka, jadi kita serah kepada agensi itu untuk ambil tindakan.
“Untuk apa kita perlu ambil tindakan sama dua kali. Bagi pihak PDRM, apa juga bantuan dikehendaki SPRM, kami (polis) akan sedia membantu,”katanya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpi skang dia x de dlm red list interpol. Fishy  sangat. ???? ???? ???? ???? ???? ????
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:32 PM | Show all posts
banyak yg melindungi beruang nie. mesti yg above the law di luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:39 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
So lps dirampas, jadi apa?
Ekonomi msia sama je mcm hanjeng..politicians mcm kimak...takde beza pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 10:09 PM | Show all posts
takde pulak org nak pegi kidnap butterball nih

terbayang cemana la rupa jholow cuba masuk dan keluar bugatti.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2024 09:53 AM | Show all posts
jibun diperbodohkan si fatso ke nyahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.060506 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list