CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4958|Reply: 0

[Kelantan] Pengetua bersara dapat Nissan X-Trail

[Copy link]
Post time 30-4-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode

OTHMAN (tengah) bergambar bersama sebahagian guru sekolah ketika diraikan dalam hari persaraannya. FOTO Siti Rohana

Kota Bharu: Hari persaraan pengetua Sekolah Menengah Ugama (A) Al Kauthar, di sini mencatat sejarah tersendiri apabila beliau menerima hadiah sebuah kereta.

Hadiah kereta terpakai jenis Nissan X-Trail, diterima Othman Mohamad, 56, sempena hari terakhir perkhidmatannya hari ini dan diraikan dalam majlis ringkas yang dihadiri pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

Othman berkata, beliau tidak menjangka akan menerima hadiah kereta itu kerana hanya ditanyakan apa yang diinginkan sempena hari persaraan.

"Saya menjawab tidak menginginkan apa-apa selain sebuah pacuan empat roda untuk kemudahan saya masuk ke kebun durian yang diusahakan sejak tiga tahun lalu di Dabong, Kuala Krai.


"Tidak sangka kelab guru di sekolah ini berusaha mencari sebuah pacuan empat roda untuk merealisasikan hasrat saya itu dan sangat terharu apabila menerima hadiah itu di hari persaraan hari ini," katanya ketika ditemui di sini.

Othman yang sudah 22 tahun menabur jasa di sekolah itu berkata, tiada apa yang diharapkannya melainkan sekolah itu terus dibangunkan dan setaraf dengan sekolah lain yang lengkap dengan prasarana yang bagus.

Bapa kepada lapan cahaya mata itu diiring pulang ke rumahnya di Gunong, Bachok, dekat sini oleh rombongan guru diekori trak tunda yang membawa Nissan X-Trail.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah itu, Saifullah Hamzah berkata, hadiah kereta itu adalah hasil kutipan wang tunai daripada 60 guru sekolah terbabit yang berjaya mengumpulkan sebanyak RM12,300.

Beliau berkata, pihaknya segera mencarikan pacuan empat roda terpakai kerana itu yang menjadi impian Othman bagi keperluannya masuk ke kebun durian miliknya dan pernah disuarakan pengetua terbabit ketika ditanyakan mengenai jenis hadiah yang diinginkan.

"Beliau seorang yang sederhana malah hanya gunakan Perodua Viva sahaja dan berkenan dengan Nissan X-Trail yang saya guna dan ada memberitahu jika dapat memiliki kenderaan yang sama, sudah pasti melancarkan kerja di kebun duriannya.

"Jika diikutkan jasa Ustaz Othman di sekolah ini memang tidak ternilai kerana banyak kemajuan yang dibuat sepanjang 22 tahun beliau berkhidmat di sini malah beliau juga sangat peramah dan menjaga kebajikan semua warga sekolah ini.

"Sepanjang empat bulan sebelum bersara, beliau bersedekah dengan cara tersendiri iaitu membelanja kakitangan sekolah ini di beberapa kedai sekitar sekolah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... apat-nissan-x-trail
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.061910 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list