CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9569|Reply: 0

[Terengganu] Masalah pesawah Kada serah kepada Perdana Menteri dalam terdekat

[Copy link]
Post time 30-4-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode

Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Romli Ishak (kanan) bersama Pengerusi KADA, Muhammad Husin (tengah) menerima memorandum daripada Pengerusi PESAK Zuha Ismail (kiri) yang ditandatangani oleh kira-kira 2,000 pesawah yang menyatakan masalah yang dihadapi mereka di Pejabat KADA di Lundang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Beberapa masalah utama dikenal pasti dihadapi lebih 7,000 pesawah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dengan jumlah keseluruhan keluasan 2,645 hektar sehingga menjejaskan tanaman padi mereka.

Pengerusi Persatuan Pesawah Pesawah Kelantan (PESAK), Zuha Ismail berkata, permasalahan yang timbul pada pesawah di negeri ini adalah berkaitan dengan sistem perparitan.

Katanya, pada masa sama kekurangan bekalan air berikutan sistem pengairan juga menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke dalam petak sawah dengan secukupnya.

"Pada masa sama, pesawah juga tidak berpuas hati dengan harga padi RM1,400 satu tan yang sekaligus menimbulkan keresahan kepada mereka apabila berlakunya kenaikan input pertanian seperti harga racun.


"Bukan itu sahaja, harga benih padi yang dijual daripada RM35 yang kemudiannya meningkat kepada RM45 dan sekarang berharga RM58 memberi bebanan kepada mereka," katanya ketika sidang akhbar di Pejabat KADA di Lundang, di sini, hari ini.

Terdahulu Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Romli Ishak menerima memorandum daripada Zuha sambil disaksikan Pengerusi KADA, Muhammad Husin .

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh kira-kira 2,000 pesawah dibawah seliaan KADA yang menyatakan masalah dihadapi mereka.

Mengulas lanjut, Zuha berkata sebahagian besar daripada lebih 7,000 petani KADA berdepan dengan masalah kerugian hampir saban tahun disebabkan masalah pengairan.

"Antara kawasan yang paling teruk terjejas membabitkan kawasan Kota Bharu Utara dan Selatan selain Bachok, Pasir Mas dan juga Tumpat.

"Di Tumpat, permasalahan pesawah adalah air termenung menyebabkan jadual tanaman padi tidak teratur dan pada masa sama mereka turut mengalami kerugian pada setiap musim.

"Kami berharap dengan pertemuan yang diadakan pada hari ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kami kerana tanaman padi menjadi sumber pendapatan utama," katanya.

Sementara itu, Romli berkata, selepas mesyuarat bersama Pengerusi KADA, dan juga pesawah serta pengilang kecil di negeri ini, antara masalah utama yang dikenalpasti dan perlu diberikan perhatian termasuklah harga benih, sistem pengairan dan saliran serta input pertanian.

Katanya, hasil daripada perbincangan berkenaan, laporan yang mengandungi semua maklumat dan isu mengenai masalah yang dihadapi pesawah di Kelantan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tindakan selanjutnya.

"Apa yang kita lakukan adalah mengambil permasalahan yang ada ini untuk dibawa kepada Perdana Menteri sebagaimana yang sudah dilakukan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dimana peruntukan diberikan kepada untuk baik pulih dan juga menaik taraf pengairan dan saliran di kawasan berkenaan.

"Di kawasan KADA juga berlaku perkara sama membabitkan sistem saliran dan pengairan yang sudah berlanjutan kira-kira 50 tahun lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... teri-dalam-terdekat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050564 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list