CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5751|Reply: 0

[Pulau Pinang] Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan

[Copy link]
Post time 30-4-2024 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan


Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 30, 2024 @ 7:04pm bhnews@bh.com.my




Antara barangan yang dirampas susulan penahanan remaja lelaki warga asing yang disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis. - Foto NSTP/Ihsan PDRM





BAYAN LEPAS: Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain, berkata, remaja berusia 16 tahun itu ditahan di hadapan pusat cuci kereta Lorong Sungai Dua, Desa Permai Indah, Gelugor pada jam 12.25 tengah malam.

Katanya, penahanan suspek itu dilakukan susulan laporan yang dibuat mangsa warga asing berusia 28 tahun di Bayan Baru, baru-baru ini.

"Berdasarkan laporan, suspek menyamar sebagai pegawai polis dan meminta pasport daripada mangsa.

"Suspek bertindak menumbuk muka mangsa yang juga warga asing," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jafri berkata, mangsa terus melarikan diri selepas terlihat pisau yang diletakkan dalam raga motosikal yang dinaiki suspek.

"Polis turut merampas beg silang, sebilah pisau, sarung tangan, topi kaledar, motosikal jenis Honda, telefon bimbit, baju dan duit syiling berjumlah RM35.

"Suspek direman bermula hari ini hingga 4 Mei depan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Orang ramai boleh menyalur maklumat kegiatan atau kejadian jenayah dengan menghubungi bilik gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122, 019-2238169 (Aplikasi Whatsapp) atau laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerusi Messenger.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050350 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list