CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5965|Reply: 33

[Tempatan] Orang kepercayaan mati mengejut, keluarga arwah enggan pulangkan RM80,000! Siap agihkan sesama adik-beradik

  [Copy link]
Post time 1-5-2024 05:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-4-2024 01:28 PM

Orang kepercayaan mati mengejut, keluarga arwah enggan pulangkan RM80,000! Siap agihkan sesama adik-beradikSelasa, 30 April 2024 7:00 AM




Tidak dinafikan masih ada individu yang menyimpan sejumlah wang tunai di rumah ataupun dengan individu kepercayaan. -Gambar hiasan

SETIAP individu pasti mempunyai seseorang yang dianggap sebagai orang kepercayaan untuk menyimpan rahsia, meluahkan masalah dan sebagainya.

Tidak salah untuk menaruh kepercayaan kepada seseorang, namun biarlah berpada-pada.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang individu ini, dia mendakwa mengalami kerugian sehingga puluhan ribu ringgit gara-gara tidak mendapat semula wang yang disimpan oleh orang kepercayaannya.

Saya ada amanahkan seseorang menyimpan wang tabungan saya. Selama tujuh tahun saya menyerahkan RM1,000 (sebulan) untuk disimpan.

Saya pernah tengok kali terakhir wang tu berjumlah RM84,000. Beliau seorang yang amanah, jadi duit saya memang selamat dalam jagaannya.

Dia juga ada beritahu keluarganya tentang wang saya itu selama hidupnya," kongsi individu berkenaan dalam laman grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM).

Sebarang perjanjian berkaitan wang atau harta perlulah mempunyai dokumen atau hitam putih untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan

Bagaimanapun menurut individu tersebut, tanpa diduga orang yang diamanahkan untuk menyimpan wang tabungannya itu meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung.

Dakwanya, masalah mula timbul apabila ahli keluarga si mati enggan mengembalikan wang miliknya yang berada dalam simpanan arwah.

"
Beliau (si mati) meninggalkan harta berjumlah jutaan ringgit untuk keluarganya. Jadi saya ingat mereka akan pulangkan duit saya yang tak seberapa itu.

Tapi rupanya saya silap. Keluarganya enggan kembalikan wang saya dan agihkan sesama mereka.

"Mereka tahu duit tu duit hasil titik peluh saya tapi mereka kata tak ada bukti untuk saya tuntut wang saya sebab tiada perjanjian hitam putih," luahnya lagi.

Buntu dengan situasi yang melanda, individu berkenaan meminta pendapat warga maya untuk membantunya mendapatkan semula wang yang didakwa miliknya itu.


Bawa ustaz pergi jumpa mereka. Bagi tazkirah pasal harta dan hukum-hakam serta azab neraka makan duit haram.NETIZEN
Penat saya bekerja dan menabung akhirnya dapat dekat orang lain. Saya menabung untuk bina rumah. Sekarang rumah impian saya terkubur begitu saja," luahnya kecewa.

Luahan individu berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan ramai berpendapat insiden sedemikian sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang lain lebih-lebih lagi melibatkan wang atau harta.

Apa pun aset dan harta kita, pastikan atas nama kita lebih-lebih lagi duit simpanan. Simpan sendiri dekat akaun bank kerana segalanya berkemungkinan.

"Amanah mesti bertulis. Dalam Islam memang disarankan bertulis tuan," demikian komen netizen.

Reaksi netizen yang pelbagai terhadap perkongsian kisah individu berkenaan.

Namun rata-ratanya meluahkan simpati dan tampil memberikan pelbagai cadangan bagi membantunya menyelesaikan masalah yang membelenggunya.

Kalau dia orang Islam, bawa ustaz pergi jumpa mereka. Bagi tazkirah pasal harta dan hukum-hakam serta azab neraka makan duit haram.

Apa-apa mesej Whatsapp ke, bukti transfer duit di bank ke, kumpulkan semua. Paling tidak tak dapat semua pun, dapat balik sebahagian.

Kena pergi pejabat peguam bawa semua bukti yang ada, baru boleh peguam bagi nasihat untuk tindakan selanjutnya," demikian komen netizen.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 08:50 AM | Show all posts
buat solat hajat...

kmdian doa sebagai orang yg teraniaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa ko suruh org simpan duit ko.. x reti menyimpan sendiri ke??
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by _kelly at 1-5-2024 09:07 AM

84k tu kalau simpan dekat asb dah compound jadi 100k kot tapi nasib la percaya orang dari percaya bank

mesti geng2 duk ceramah bank penindas makan riba blablabla tapi korang duk bagi orang simpan laguni hilang terus 84k, putih mata nak saman pun tak boleh

tahniah je la nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 1-5-2024 09:04 AM
Dah kenapa ko suruh org simpan duit ko.. x reti menyimpan sendiri ke??

Kan. Letak la dlm tabung haji..kurang2 dpt dividen..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
maaf cakap la, duk sembang dosa pahala ingat orang2 macam ni nak heran ke..orang jenis macam ni percaya muslim macam mana pun akan masuk syurga jugak, buat jahat pon takpe lah nanti boleh tobat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing ka
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x simpan dalam bank atau asb or tabung haji?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko tak pernah dengar Tabung Haji??? Ke ko duk ulu banat hutang melintang jin bertandang?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoh xde ic ke smpai xleh bukak ash, th, bank. Ke declare bankruptcy. Ke yg pelik, x leh simpan sendiri, almari ada, tilam ada, tin Milo ada, tin biskut ada, nk jgk org lain jaga kn. Knp umah sendiri ada ahli keluarga kaki curi ke/ drug user ke.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 01:14 PM | Show all posts
_kelly replied at 1-5-2024 09:12 AM
maaf cakap la, duk sembang dosa pahala ingat orang2 macam ni nak heran ke..orang jenis macam ni perc ...

hutang sesama manusia harus di byr, kalu masa di dunia tak byr, di akhirat nanti di byr guna pahala kita, kalu pahala kita tak cukup, kita akan amik dosa org tu...yer semua org umat nabi akan masuk syurga, tapi ada yg sebelum masuk syurga akan diazab dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 1-5-2024 01:06 AM
84k tu kalau simpan dekat asb dah compound jadi 100k kot tapi nasib la percaya orang dari percaya ba ...

ASB kan harom. Har.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by _kelly at 1-5-2024 02:46 PM
midori888 replied at 1-5-2024 01:14 PM
hutang sesama manusia harus di byr, kalu masa di dunia tak byr, di akhirat nanti di byr guna pahal ...


ok zis..silakan ceramah pada orang yang berhutang..kat fb banyak guna justification muslim masuk syurga nih

meols personally tak pernah hutang dengan orang kecuali dengan bank je tu pon loan rumah ngan kereta semata
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pergi bagi kat org utk tolong simpan kenapa la.
Padahal boleh aje tiap bulan masukkan rm1k tu dlm TH/asb bagai
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-5-2024 01:48 PM
ASB kan harom. Har.

iols dulu zaman muda terpengaruh jugak dakyah asb haram ni tapi bila pandai fikir sikit baru terbukak hijab kebodohan percaya orang membuta tuli..apa malaysia ni jemaah ulama mufti yang buat keputusan tu takkan semua nak jual agama bila fatwakan asb tu harus..takkan semua setuju tanpa ada mesyuarah ijma semua khenn..hujung2 iols buat keputusan, kita serah pada pakar, di malaysia asb hukum harus, rugi kita tak ambil peluang guna untuk simpanan masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jfq at 1-5-2024 02:51 PM

Mengingatkan aku scenario grup2 wasap bekas student sekolah.
Dah tua2kan, jadi selalu buat koleksi utk derma kat rumah anak yatim, masjid, org susah.
Selalu akan lantik sorang dlm grup tu utk kita masukkan duit derma dlm akaun dia. Kemudian bila ada keperluan dan dapat dana terkumpul, admin akan sedekah duit tu kat yg memerlukan.
Aku selalu terfikir2 esok2 misal tak panjang umur, jenuh jugak nak separate kan duit derma tu dari personal acct
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ko pi nengok kt YT...nengok kalo2 ada orng ajar buat bom..kalo ada...berlajar...pastu bomkan jer depa tu semua....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 02:52 PM | Show all posts
Dengan kebodohan yang ko miliki itu, rasanya kerugian itu agak setimpal lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
lucky_peace replied at 1-5-2024 10:23 AM
Kenapa x simpan dalam bank atau asb or tabung haji?

"ngak bisa pak..gue...ngak ada IC nya"-Nusaraya(letew).
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 03:00 PM | Show all posts
haa.. mungkin si polan ni muflis.
kawan aku suaminya muflis.
satu acc bank apa pun takde. semua guna acc kawan ku itu
nak jd cerita kawanku meninggal dunia slps 26 hari warded.
haa sampai laa ni tk settle ganjaran n pencen sbb suami nya tak nk pergi jbtn insolvensi.
kena jugek buka acc n kena byr hutang bank..
mmg ler duit arwah tu nanti yg byr hutang piutang dia.. dpt la berapa peratus nanti
dah ler kawanku itu kawin pun lewat usia..

pelik bila dah umur 50an tp semua kena guna cash je.. simpan duit bwh bantal ke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.225888 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list