Menteri Koordinator Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan, bercakap semasa temu bual di pejabatnya di Jakarta. - Foto REUTERS
JAKARTA: Indonesia berkemungkinan menawarkan dua kewarganegaraan kepada individu berketurunan Indonesia dalam usaha menarik lebih ramai pekerja mahir ke negara itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang menteri kanan, hari ini.
Ketika ini, Indonesia tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan untuk orang dewasa, mengikut undang-undang negara itu.
Manakala, kanak-kanak yang mempunyai dua pasport mesti memilih satu apabila mencapai umur 18 tahun.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan, berkata kerajaan bercadang untuk memberikan dua kerakyatan kepada bekas warga Indonesia yang tinggal di luar negara, tanpa memberikan butiran lanjut.
Luhut berkata demikian di hadapan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, yang menjanjikan pelaburan AS$1.7 bilion (RM ) di Indonesia.
"Kami juga menjemput diaspora Indonesia dan kami juga memberikan mereka, tidak lama lagi, dua warganegara.
"Yang saya fikir akan... membawa orang Indonesia yang sangat mahir kembali ke Indonesia," katanya.
Hampir 4,000 warga Indonesia menjadi warga Singapura antara 2019 hingga 2022.
Isu dua kewarganegaraan menyebabkan beberapa kontroversi pada 2016 apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo memecat Arcandra Tahar sebagai Menteri Tenaga dan Perlombongan selepas kurang sebulan memegang jawatan berikutan laporan beliau memegang pasport Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia. - REUTERS