CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11231|Reply: 0

[Pahang] Penantian 40 tahun tunaikan haji berakhir

[Copy link]
Post time 1-5-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Penantian 40 tahun tunaikan haji berakhir

OlehNORAWAZNI YUSOF

01 Mei 2024 10:10am




Abdul Jalil (kiri) menunjukkan pemeriksaan kesihatannya dalam keadaan baik untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini. Gambar kanan: Razak




KUANTAN - Tiada apa yang lebih bermakna buat seorang warga emas selepas hampir 40 tahun penantiannya menjadi kenyataan apabila terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini.

Peneroka, Abdul Jalil Mat, 88, mengakui tidak menduga akan berangkat ke Tanah Suci ditemani cucunya pada pertengahan bulan ini.



Menurutnya, setakat ini dia diberikan kesihatan yang baik dan hanya mengalami masalah sakit lutut, namun mengharapkan ibadah tersebut dapat dipermudahkan.

"Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH. Saya ingatkan tidak sempat hendak ke Makkah dan Madinah, maklumlah umur pun dah lanjut. Tapi ini semua sudah ditentukan ALLAH, gembira dan sedih bercampur baur ketika ini.



"Saya harap dapat menunaikan semua rukun haji dengan sempurna walaupun dalam keadaan kesihatan dan pergerakan yang agak terbatas," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Razak Daud, 64, menyuarakan rasa bersyukur dan terharu apabila rezekinya ke Tanah Suci menjadi kenyataan tahun ini.

Dia mengakui sudah hampir terlupa mengenai pendaftaran dibuatnya ketika berusia 20-an bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Menurutnya, teruja sebaik sahaja menerima makluman dari Tabung Haji bahawa namanya tersenarai untuk ke Makkah pada musim haji kali ini.




"Saya sendiri pun dah terlupa mengenai pendaftaran dibuat kira-kira 40 tahun lalu. Sebaik menerima makluman mengenainya, saya bersyukur sangatlah ingatkan tidak sempat untuk ke sana (Makkah dan Madinah) bagi menunaikan haji.

"Apapun, inilah dinamakan rezeki yang sudah ditentukan ALLAH, jadi peluang ini akan saya gunakan sebaiknya," luahnya dengan nada gembira.

Razak bersama isteri dan bapa mentuanyamemberitahu tidak pernah mengemukakan rayuan untuk disenaraikan bagi menunaikan haji.

Sebaliknya, pekerja swasta itu, hanya menyerahkan sepenuhnya kepada Tabung Haji menentukan giliran untuknya ke Makkah.

"Ini kali pertama saya ke Makkah bagi menunaikan haji, sebelum ini pernah beberapa kali ke sana bagi tujuan umrah. Saya memang tidak pernau membuat rayuan kerana berpandangan ia kurang adil (dan) seolah-olah mengambil hak orang lain, jadi saya tunggu saja bila giliran saya sampai," ujarnya yang tinggal di Felda Jengka 24, di Jerantut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.059717 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list