CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10952|Reply: 0

[Kedah] Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud

[Copy link]
Post time 1-5-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



TANGKAP layar video tular yang membabitkan Lembaga Maktab Mahmud.





Alor Setar: Lembaga Maktab Mahmud menafikan dakwaan kononnya terdapat kartel dalam lembaga itu seperti ditularkan dalam media sosial, baru-baru ini.

Pengerusinya, Mohd Azam Abd Samat berkata, isu yang dibangkitkan adalah tidak berasas.

"Merujuk kepada penularan video menerusi beberapa platfom media sosial sejak 25 April (Khamis) lalu, berkaitan dua video bertajuk 'Kartel politik Maktab Mahmud Sakau Projek Belasan Juta?' dan 'Lembaga Maktab Mahmud Problem', kami ingin menegaskan sekeras-kerasnya tuduhan yang ditularkan melalui video terbabit adalah tidak benar sama sekali.

"Laporan polis sudah dibuat pada 28 April oleh pengurusan Lembaga Maktab Mahmud bagi menafikan tuduhan itu dan tindakan undang-undang akan diambil kepada pihak yang memuat naik dan menyebarkan video terbabit," katanya pada kenyataan, malam tadi.

Beliau yang juga EXCO Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan negeri berkata, tiada kewujudan kartel politik seperti yang ditularkan dalam video pertama dan isu pertukaran kakitangan yang dibuat oleh pengurusan Lembaga Maktab Mahmud adalah demi kepentingan jabatan.

Selain itu, katanya, Lembaga Maktab Mahmud menafikan tuduhan berkaitan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dinyatakan di dalam video berkenaan.

"Manakala video kedua berkaitan isu pertengkaran antara kakitangan Lembaga Maktab Mahmud yang tular sejak 26 April (Rabu) lalu adalah video lama. Ia berlaku pada 5 Oktober 2023 dan pernah tular pada tahun lalu.

"Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.

"Pengurusan Lembaga Maktab Mahmud sudah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu berkenaan," jelas beliau.

Sebelum ini, tular video berdurasi tiga minit 42 saat memaparkan 'perang mulut' antara dua individu di sebuah institusi.

Video itu turut memaparkan beberapa dakwaan termasuk kartel daripada sebuah parti politik menguasai Lembaga Maktab Mahmud, Kedah.

"Kartel ini mengawal projek-projek cawangan Maktab Mahmud di seluruh Kedah bernilai jutaan ringgit.

"Kartel ini sangat berkuasa sehingga boleh menukar, pindah, berhentikan, bekukan mana-mana staf sesuka hati mereka," menurut petikan kapsyen dalam video itu.



Disiarkan pada: Mei 1, 2024 @ 10:55am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.139020 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list