CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6522|Reply: 0

Tewas di tangan Dortmund, PSG tetap yakin mara ke final UCL

[Copy link]
Post time 2-5-2024 10:55 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain Dortmund meraikan kejayaan mereka menewaskan PSG dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara. -FOTO AFP

Dortmund, Jerman: Jurulatih Paris Saint-Germain Luis Enrique tetap optimis pasukannya dapat melangkah ke final Liga Juara-Juara walaupun tewas 0-1 di tempat lawan kepada Borussia Dortmund pada perlawanan separuh akhir pertama.

"Ini bola sepak. Selalunya ia satu yang mengagumkan dan ada masanya ia seperti itu. Kami lebih suka berada dalam situasi berbeza tapi saya fikir apabila anda melihatnya ia adalah perlawanan yang seimbang," kata pengendali Sepanyol itu.

PSG tewas kepada Dortmund selepas Niclas Fuellkrug menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa pertama.

Juara Perancis itu lebih menguasai perlawanan dan banyak melakukan percubaan ke arah gol namun tiada penyudah tepat dan kurang tuah apabila percubaan Kylian Mbappe dan Achraf Hakimi masing-masing terkena tiang pada separuh masa kedua.


"Tiada siapa pernah berkata ia akan menjadi mudah pada separuh akhir Liga Juara-Juara. Pemain dalam bilik persalinan agak kecewa. Kami mempunyai peluang di mana kedua-duanya terkena tiang," tambah Luis Enrique.

"Anda perlu mengatakan ini adalah stadium yang luar biasa tetapi saya pasti kami akan menjadi sangat kuat di Paris dan kami tidak akan rugi."

Ia adalah kekalahan kelima PSG sepanjang musim dan kali pertama mereka tewas di bawah kendalian Luis Enrique tanpa menjaringkan sebarang gol.

Bagaimanapun berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini mereka pernah menewaskan Dortmund di tempat sendiri ketika saingan peringkat kumpulan apabila menang 2-0 di Parc des Princes, September lalu.

Mereka juga membalikkan defisit 3-2 pada perlawanan pertama untuk menyingkirkan Barcelona di suku akhir dengan menang 4-1 dalam perlawanan timbal balik.

Mengimbas kembali rekod pertemuan, PSG menyingkirkan kelab Jerman itu daripada Liga Juara-Juara pada pusingan 16 terakhir 2020 dengan kemenangan 2-0 di laman sendiri selepas tewas 2-1 di tempat lawan pada perlawanan pertama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-mara-ke-final-ucl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.258242 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list