CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7099|Reply: 0

[Kedah] Kedah sudah keluarkan lebih 150 tan mangga Harumanis D Aman

[Copy link]
Post time 2-5-2024 03:53 PM | Show all posts |Read mode

Exco Pelancongan, Datuk Salleh Saidin (kanan) bersama Exco Pertanian, Perladangan, Pengangkutan, Dzowahir Ab Ghani (dua kiri) menunjukkan buah harumanis Kedah pada majlis perasmian Fiesta Mempelam Negeri Kedah Tahun 2024 di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan, Yan, hari ini

YAN: Kedah berjaya mengeluarkan lebih 150 tan mangga harumanis untuk pasaran seluruh negara dengan nilai jualan melebihi RM5 juta.

EXCO Pertanian, Perladangan, Pengangkutan negeri, Dzowahir Ab Ghani, berkata pengeluaran itu membabitkan 125 pengusaha di Kedah dengan keluasan ladang seluas 100 hektar.

Beliau menyifatkan jumlah itu adalah angka yang sangat baik, memandangkan Kedah mula mengkormesialkan harumanis dengan jenama Harumanis D Aman pada 2022.

"Berdasarkan sasaran kita pada 2025 nanti, kita mampu mencapai hasil sebanyak 600 tan bagi menampung permintaan yang tinggi seluruh negara.


"Harumanis ini sebenarnya berasal dari Kedah, kita ada sejak 1971 tapi dikormesialkan di Perlis. Bagaimanapun rasa harumanis Kedah juga setanding keluaran negeri lain, tambahan pula kita jenamakan harumanis kita dengan nama Harumanis D Aman dua tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Fiesta Mempelam Kedah 2024 di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan di sini, hari ini.

Dzowahir berkata, kerajaan negeri menggalakkan petani memanfaatkan permintaan tinggi terhadap mangga harumanis dengan menceburi bidang tanaman berkenaan.

Katanya, Kedah memiliki kelebihan dalam keluaran buah mangga berikutan pusat teknologi berkenaan mempunyai 111 varieti mangga dari serata dunia dan sering dikunjungi penyelidik dari seluruh negara.

"Mereka yang berminat boleh menghubungi terus Jabatan Pertanian negeri untuk mendapatkan bekalan anak pokok harumanis, input baja selain sokongan teknikal dan sokongan bimbingan.

"Di pusat ini banyak ilmu yang boleh diperoleh, jadi kita ingin melihat lebih ramai petani menceburi tanaman harumanis yang pasti memberi pulangan yang lumayan, ketika ini Harumanis D Aman dijual dengan harga antara RM35 hingga RM40 sekilogram mengikut gred," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... gga-harumanis-d-ama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.361929 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list