CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6945|Reply: 0

[Terengganu] Anggota tentera antara lima dirawat akibat strok, kelesuan haba di Terengganu

[Copy link]
Post time 2-5-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Bernama

Kuala Terengganu: Lima individu termasuk anggota tentera dimasukkan ke hospital akibat cuaca panas yang melanda di Terengganu ketika ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, ia membabitkan tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba yang direkodkan berlaku sepanjang April lalu.

Beliau berkata, setakat hari ini, hanya seorang pesakit iaitu seorang lagi anggota tentera masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

"Sehingga hari ini, terdapat tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba telah dilaporkan yang membabitkan dua anggota tentera, seorang pekerja ECRL (Laluan Rel Pantai Timur), seorang kanak-kanak sekolah dan seorang warga emas.


"Setakat ini, kita ada lima kes dan kesemua mereka ini dimasukkan ke wad dengan empat daripadanya sudah dibenarkan keluar hospital manakala seorang lagi masih dirawat di hospital.

"Selain itu, tiada kematian dilaporkan setakat ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dr Kasemani berkata, cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino turut meningkatkan pencemaran udara dan jerebu terutama akibat pembakaran sama ada secara sengaja atau tidak.

Katanya, orang ramai terutama golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak sekolah, pekerja yang terdedah kepada suhu panas dan pesakit kronik diingatkan untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas.

"Orang ramai juga disarankan mengehadkan aktiviti fizikal di luar rumah serta memakai penutup hidung dan mulut.

"Mereka yang mengalami gejala kelesuan haba dan strok haba diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ok-kelesuan-haba-di

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.272126 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list