CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9162|Reply: 19

[Tempatan] Suami isteri raih RM15,000 sebulan jual makan melalui mesin layan diri IPR

[Copy link]
Post time 2-5-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri raih RM15,000 sebulan jual makan melalui mesin layan diri IPR
Mei 2, 2024 @ 3:57pm



Amin Afifi menunjukkan antara makanan yang dijual kepada penuntut UiTM Cawangan Permatang Pauh menggunakan Mesin Layan Diri IPR di Kafeteria UiTM. - Foto BERNAMA


BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang sebelum ini berniaga makanan dari rumah kini meraih pendapatan antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan selepas beralih kepada penggunaan mesin layan diri melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Amin Afifi Yaakob, 36, dan isteri, Yufaeza Yussof, 30, mengakui tidak menyangka mesin dibekalkan melalui IPR di bawah kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) sejak Oktober tahun lalu, membantu melonjak pendapatan mereka sehingga lima kali ganda berbanding RM2,500 hingga RM3,000 sebulan sebelum ini.

"Saya sebelum ini berniaga pelbagai jenis makanan termasuk kek dari rumah dengan jualan dibuat menerusi laman sosial.

"Apabila mengetahui mengenai IPR menerusi Facebook, saya terus mendaftar sebelum dimaklumkan saya berjaya menyertainya menerusi bantuan mesin layan diri.

"Kami dapat mesin pada September 2023 dan mula berniaga menggunakannya bermula Oktober di kafeteria di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh. Alhamdulillah, sambutan diterima sangat menggalakkan," katanya.

Bapa kepada dua anak lelaki berusia tiga dan enam tahun itu berkata, dia bersama isteri menyediakan pelbagai menu pada mesin layan diri bagi memberi pilihan kepada pelajar di situ untuk mendapat makanan yang variasi.

Katanya, makanan disediakan juga mengikut menu terkini dan pilihan pelajar termasuk nasi lemak, ayam goreng Korea, ayam goreng keju, 'chicken cop', spageti, kekacang, tortilla, sandwic dan pelbagai lagi.


Amin Afifi menyusun makanan yang dijual kepada penuntut UiTM Cawangan Permatang Pauh menggunakan Mesin Layan Diri IPR di Kafeteria UiTM. - Foto BERNAMA


"Menu kita sentiasa berubah-ubah mengikut pilihan makanan terkini dan tular, lagi satu saya selalunya bertanya apa yang mereka (pelajar) mahu supaya makanan yang kami sediakan itu memang menjadi pilihan mereka dan saya lebih suka bawakan menu dari restoran makanan segera dengan harga yang berpatutan.

"Nasi lemak dengan lauk telur, nuget dan sosej serta nasi lemak lauk ayam yang dijual dengan harga RM3 dan RM4 adalah menu yang sering habis awal di mesin layan diri itu, malah ia makanan yang diletakkan setiap hari di situ berbanding menu lain yang saya letak secara berselang-seli," katanya.

Amin Afifi yang tinggal di Bukit Minyak di sini berkata setiap hari, dia akan membeli barangan segar untuk memasak sebelum menghantarnya ke mesin layan diri itu pada jam 2 petang dan 10 malam setiap hari supaya makanan sentiasa dalam keadaan segar.

Sebanyak 60 hingga 70 peratus makanan dihantar ke mesin layan diri itu hasil air tangan Amin Afifi dan isteri, manakala selebihnya daripada vendor yang membekalkan makanan seperti burger, roti john dan piza kerana mahu berkongsi rezeki dengan mereka.


"Setiap bulan saya boleh menjual hingga lebih 5,000 kuantiti pelbagai jenis makanan pada harga RM1 hingga RM8," katanya.

IPR dilancarkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Februari tahun lalu bertujuan membantu golongan miskin tegar, miskin dan B40 menjana pendapatan mampan.



Menerusi inisiatif INSAN, penerima diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya kerajaan selama dua tahun.

Selain INSAN, IPR turut menawarkan kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) kepada syarikat pertanian, rantaian peruncitan makanan, pengeksport, agensi-agensi kerajaan berkaitan dan koperasi serta Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) kepada syarikat swasta yang memerlukan pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 04:52 PM | Show all posts
bagus program ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 05:47 PM | Show all posts
sesiapa tau macmana nk apply tak
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully dapat diperluaskan ke semua IPTA kt Msia ni.  Sian students yg kurang berkemampuan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 07:53 PM | Show all posts
sungguh memberi inspirasi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcik kantin hilang pendapatan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 2-5-2024 08:06 PM
Mcik kantin hilang pendapatan....

Takdenya...bebudak beli mesin sbb bajet, bukan sbb rasa. Bila duit lebih, still pegi kat makcik kantin. Kekdg org ofis pun gi kat makcik kantin...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Idea Rafizi...ahli politik paling genius di Malaysia.

Thumb up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 08:53 PM | Show all posts
tu pelik kenapa nak umumkan hasil sekian2..... program dia rupanya.... so berapa ribu keluarga/peniaga yang dapat menikmati hasil dari idea genius ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 09:48 PM | Show all posts
rm10,000 tu untung ke hasil jualan kasar ?
(dengki much)
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:16 AM | Show all posts
lembaga tanya apa khabar semua...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:17 AM | Show all posts
tapi idea ni memang bagus kalau tak dibolot oleh kroni..
and luaskan kat semua ipt or station lrt..
ramai je orang suka and dapat manfaat makanan budget..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 2-5-2024 08:46 PM
Idea Rafizi...ahli politik paling genius di Malaysia.

Thumb up

Over sgt kau gelar dia politician paling genius
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:35 AM | Show all posts
hebat.. i kagum inisiatif abg ni rajin bertanya pendapat pelajar kat situ apa yg diorang suka makan, teringin nak makan tapi nak beli dengan harga rahmah

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag replied at 3-5-2024 10:35 AM
hebat.. i kagum inisiatif abg ni rajin bertanya pendapat pelajar kat situ apa yg diorang suka makan, ...

Ye, budak baru nak membesar memang kuat makan...kerajaan senang nak berikan subsidi melalui mesin ni bila ditempatkan di universiti dan kawasan B40.

Genius betul Rafizi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:49 AM | Show all posts
kalau kt IPT mmg laku, especially time kantin dh tutup memlm, boleh p mesin beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu… replied at 3-5-2024 10:18 AM
Over sgt kau gelar dia politician paling genius

Masa pelancaran Rancangan Selangor Pertama di Shah Alam...saya memang nampak Rafizi ni orang yang genius...ingatan dia kuat.

Dulu tak berapa follow sgt dgn dia...bila nampak dia atas pentas, tengok cara dia menjawab...memang nampak dia genius dan berwawasan

Negara memang perlukan orang macam dia untuk mentadbir negara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:51 AM | Show all posts
tak basi ke makanan simpan lama2 dalam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 2-5-2024 08:06 PM
Mcik kantin hilang pendapatan....

Zmn iolss study 20thn dl kalo bl makanan kat makcik kantin, lauk bungkus asing...ambik jubah lebih..nasi pun ambik lebih tambah 50sen je nasi dr biasa .boleh mkn 2 kali..dl rm5 tu lunch gan mlm la makan..pg x sempat mkn n sejenis x mkn pagi...kalo nk jimat bl nasi rm1 3@4 bungkus trs tuk malam..dl nasi lemak rm1 tu x de la kecik mcm skrg ni..telur rebus tu separuh..skrg ni x Tau la nk ckp pe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:05 PM | Show all posts
i ingat dia vacuum sealed makanan tu rupanya letak dalam container plastic macam beli kat kedai nasi campur.  Maybe can upgrade to sealed container mcm yg gambar ni so kebersihan terjamin sikit.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.071219 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list