CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8116|Reply: 19

Akhyar Rashid diserang penyamun dengan cota

[Copy link]
Post time 3-5-2024 08:47 AM | Show all posts |Read mode






KUALA TERENGGANU – Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid mengalami kecederaan dipercayai akibat disamun di hadapan sebuah apartmen di bandar raya ini malam ini.


Beliau yang kelihatan lemah dan memegang kepalanya yang dipercayai dipukul dengan cota telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.


Teman wanitanya, Eyka Farhana yang merupakan selebriti kelihatan menemani Akhyar ke hospital.


Difahamkan Eyka Farhana atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, ke bandar raya ini untuk meraikan ulang tahun kelahiran Akhyar ke-25.





Sementara itu, tinjauan mendapati setakat pukul 11.30 malam, Akhyar masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNZ.


Akhyar yang juga tonggak Harimau Malaya mula menyertai TFC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.


Pemain itu juga difahamkan berada dalam perancangan pengendali negara, Kim Pan-gon untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada bulan depan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya org tu.. moga2 dapat tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:03 AM | Show all posts
Betul ke samun. Apa yang dicuri.?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Player ni x reti jaga aurat eh? Dalm pdg da pakai seluar pendek kat luar pon sama. Btw iols rasa cm khianat pun ada. Since dia ni kan suka tyg dia mewahkan si eyka tu. Bila nak kawen?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:14 AM | Show all posts
tepisket.. replied at 3-5-2024 10:10 AM
Player ni x reti jaga aurat eh? Dalm pdg da pakai seluar pendek kat luar pon sama. Btw iols rasa cm  ...

eyka ni cantik, but masih kategori awam
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawo kereta tu. Suzuki jimny ke tu

Moga cepat sembuh akhyar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2024 11:32 AM | Show all posts
Sesuatu… replied at 3-5-2024 02:15 AM
Lawo kereta tu. Suzuki jimny ke tu

Moga cepat sembuh akhyar

mata iols pun tertumpu kat situ jer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohh dh x under jdt ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 04:11 PM | Show all posts
Kisahnya BF si Eyka Farhana football player rupanya. Masyuk ke heols ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 04:13 PM | Show all posts
sian die..dh la herlok..
pundek betul penyangak busuk muke hodoh ni..
nk pukul..pukul laa yg hodoh2 sne tu ramai
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 04:35 PM | Show all posts
sapo nehh? penting ke dia kena pukul tu? esok sabsidi petrol kena tarik ke sbb dia kena pukul?

aperrr? tak kena tarik??

so tahuk bebenang ni kat bod retis sana meriahkan lagi bod retis sbb penuh citer kemek, kemut, kejung, kote kecik ajerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
katanya kena samun 5k..tergelak ada komen..eyka memang dok serumah ke sbb memanjang ada sama2
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu…: Lawo kereta tu. Suzuki jimny k ...


Ex player JDT mana pakai kereta biasa². Gaji jer dah puluh² ribu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 3-5-2024 11:42 AM
Ohh dh x under jdt ke

Dipinjamkan ke Terengganu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 3-5-2024 04:11 PM
Kisahnya BF si Eyka Farhana football player rupanya. Masyuk ke heols ni?

Dulu player JDT, confirm masyuk. Kalau tak takkan eyka melekat jer. Haha.

Player JDT yg duduk reserve pun masyuk kak cth mcm sumareh tue. Main dkt JDT2 pun kdg² jer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 03:30 PM | Show all posts
Penyamun sasar kaki Akhyar

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my



AKHYAR cedera di kepala diserang penyamun. -FOTO FB


Kuala Lumpur: Kaki pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid menjadi sasaran dua individu tidak dikenali dalam kejadian samun yang berlaku di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Menurut sumber, Akhyar atau lebih dikenali sebagai Mat Yat di samun dua lelaki yang menaiki kereta kelabu di depan sebuah kedai minuman.

Katanya, dua lelaki terbabit yang memakai 'hodie' dan penutup muka memukul kaki dan betis sebelum menghentak kepala pemain itu.

"Akhyar mendakwa dua lelaki berkenaan menggunakan senjata seperti cota besi.

"Ketika kejadian, Akhyar yang cedera di kaki dan kepala sempat melarikan diri ke kedai minuman untuk meminta pertolongan," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Berikutan kejadian itu, pemain berusia 25 tahun itu kehilangan dompetnya yang mempunyai beberapa dokumen penting.

"Kakak mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu sebaik mengetahui kejadian terbabit dan keadaan Akhyar stabil selepas menerima rawatan susulan," katanya.

Mengikut rekod, Akhyar menyertai Terengganu FC (TFC) pada Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dia yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu untuk bergandingan bersama seorang lagi pemain yang dipinjam dari Harimau Selatan, Safawi Rasid.

Disiarkan pada: Mei 4, 2024 @ 2:16pm

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-sasar-kaki-akhyar




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 03:32 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 4-5-2024 03:34 PM
antikorok replied at 4-5-2024 03:30 PM
Penyamun sasar kaki Akhyar

Syazwan Msar

Plot thickens

Serang kaki?
Jahat betol. Adakah ada pihak yg berniat jahat nak bagi cedera supaya tak boleh beraksi di pdg?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 4-5-2024 03:32 PM
Plot thickens

Serang kaki?

Sudah terang lg bersuluh kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:55 AM | Show all posts
Edited by antikorok at 5-5-2024 10:58 AM
jihyomelly replied at 3-5-2024 06:54 PM
katanya kena samun 5k..tergelak ada komen..eyka memang dok serumah ke sbb memanjang ada sama2

Wartawan baca komen chuols ke ni? Mesti wartawan ada dlm porum ni. Kejap jahh dah jadi bahan gosip juicyyyy


Eyka Farhana asyik ‘mengekor’ kekasih?
Oleh KOSMO!
5 Mei 2024, 10:35 am

EYKA Farhana kini dilihat semakin terbuka berkongsi momen bersama kekasihnya, Akhyar Rashid.


KETIKA ramai melahirkan rasa simpati dan ucapan cepat sembuh kepada pemain bola sepak Akhyar Rashid yang cedera disamun, lain pula cerita yang Diva dapat mengenai kekasihnya, Eyka Farhana.

Menurut teman Diva, Cik Intan Payung, Eyka dilihat kerap berada di sisi kekasih hatinya, tidak kiralah dalam mahupun luar negara.


Dakwa Cik Intan Payung, kelibat Eyka memang ada juga muncul pada sesi latihan kekasihnya di Terengganu dan siap berseluar pendek lagi di negeri Daru Iman itu.

Alahai, rasanya Eyka tak perlu jadi macam wanita luar negara yang ‘mengekor’ menemani kekasih hati golongan atlet ke mana-mana sahaja. Kalau kerap sangat, memang nampak tidak manislah ditambah pula Akhyar memang sekarang bertapak dengan kelab bola sepak Pantai Timur.

Mungkin bagi Eyka okey sahaja tetapi untuk segelintir orang nampak tidak manis dipandang terutama masih belum ada ikatan yang sah. Apapun, Diva doakan Akhyar cepat sembuh daripada kecederaan dan pelaku ditangkap segera.

DIVA: Teringat kes Victoria Beckham, selalu temankan suami ke padang, tapi tetap dicurangi.


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... k-mengekor-kekasih/




Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo dah aim kaki tu hmmm.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.061821 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list