CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6827|Reply: 11

[Tempatan] Microsoft umum labur RM10.5 bilion di Malaysia

[Copy link]
Post time 3-5-2024 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Microsoft umum labur RM10.5 bilion di Malaysia
Diterbitkan pada 2 May 2024 1:43PM


Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella bersalaman dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Forum Kepimpinan Kebangsaan AI di Putrajaya, hari ini. – Gambar Facebook, 2 Mei, 2024.


MICROSOFT Corp akan melabur RM10.5 bilion dalam infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang, kata Kementerian Pelaburan, Perladangan dan Industri (Miti) dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella mengumumkan pelaburan ini semasa Forum Kepimpinan Kebangsaan AI hari ini yang dihadiri oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pengumuman terbaharu oleh Microsoft ini akan mengubah Malaysia menjadi hab digital terkemuka di peringkat serantau, sambil menyasarkan untuk melatih 300,000 rakyat Malaysia, serta memperkasakan pertumbuhan ekonomi dan keterangkuman negara melalui teknologi inovatif dan canggih,” kata Miti.

“Pelaburan ini – dibantu oleh salah satu agensi Miti, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, bersama agensi awam lain – akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan digital,” tambahnya.

Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu berjanji pada 2021 untuk melabur RM4.12 bilion di Malaysia dalam tempoh lima tahun untuk membina pusat data berskala besar dan menyediakan perkhidmatan awan.

“Walaupun keutamaan kami adalah untuk menarik pelaburan berkualiti, kami juga sedang mencari rakan kongsi yang boleh membantu memperjuangkan komitmen bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana serta orang ramai – melalui teknologi pemboleh baharu termasuk AI – agar mereka juga boleh meraih faedah daripada ekonomi digital yang lebih rancak di Malaysia,” kata menteri Tengku Zafrul Aziz.

“Pelaburan sebanyak RM10.5 bilion Microsoft adalah langkah ke arah hasil positif itu.”

Sementara itu, Nadella mengulangi komitmen Microsoft menyokong transformasi AI negara dan memastikan manfaatnya sampai kepada semua rakyat Malaysia.



“Pelaburan kami dalam infrastruktur digital dan kemahiran akan membantu syarikat perniagaan, masyarakat dan pencipta perisian Malaysia menggunakan teknologi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi inklusif di seluruh negara,” katanya.

Anwar juga mengalu-alukan pelaburan itu, dengan mengatakan ia adalah yang terbesar Microsoft sepanjang tempoh 32 tahun kewujudannya di Malaysia.

“Malaysia mengalu-alukan keputusan pelaburan ini, yang menunjukkan keyakinan Microsoft terhadap asas ekonomi negara yang kukuh, dasar yang jelas dan fokus, persekitaran mesra pelabur dan kestabilan politik,” katanya pada catatan di X. – 2 Mei, 2024.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 09:40 AM | Show all posts
moga memberi manfaat 1000% kepada anak2 tempatan...

(moga bukan gebang bawa masuk pelaburan billion, tapi tenaga staff mid-top tier semua orang asing, sebab kepakaran tempatan masih lemah, bukan ada isu ni naik ke haritu dengan si zafrul)
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 11:19 AM | Show all posts
Wow, not bad PMX, at least ada pelaburan asing and not a small amount
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 11:40 AM | Show all posts
walaun kepanasan baca news gini
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 11:45 AM | Show all posts
kelmarin di indonesia. hari ni di malaysia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
South East Asia mmg area growth tinggi. Sebab itu ia jadi pilihan banyak company untuk invest berbanding latin america dan africa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2024 01:01 PM | Show all posts
semoga bermanafaat kepada penduduk malaysia...jgn import warga asing pula...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan issue gomen PH kah... Investment ini host upgrade AI model untuk cloud computing.. Di mana sudah establish startup depa akan inject budget untuk upgrade... Tahu ada demand dari user... Seperti amazon... Tesla.. itu baru berul tarik investors/investments masuk malaysia... Tech giants juga compete sama sendiri.. Seperti IBM... Google.. Microsoft... Alphabet etc....
Issue ber gasak dapat investments masuk ke negara yang sudah lama establish.. Seperti bongok saja... Reporters kerja kena UP kan gomens saja as arse licker nyah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 09:49 AM | Show all posts
hokay lah tu nyahh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 02:29 PM | Show all posts
Screen di belakang tu dari microsoft sendiri kan? Kalau PMX yang berdiri di depan tu boleh kata sembang.

Nak juga baca komen sinis doubter.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 02:30 PM | Show all posts
mejaputih replied at 3-5-2024 01:01 PM
semoga bermanafaat kepada penduduk malaysia...jgn import warga asing pula...

Kalau locals boleh buat tiada sebab nak import warga asing

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 07:56 PM | Show all posts
Edited by zjen at 15-5-2024 08:01 PM

Microsoft nak melatih 300K rakyat Malaysia utk apa ?  

tak tulis pon deols nak buka kilang .... buang 10 billion caner Microsoft nak cari untung balik ?

jangan jangan kes cam krisis kewangan 1997 return ... Bank Negara cetak 10 biliion ringgit utk omputih pasal omputih bagi alasan nak melabur di sini  .... pastu Amerika naik lagi dividen,  Microsoft nak amik balik 10 billion dan tukar semula ke matawang USD,  pasal nak amik balik ke Amerika utk makan dividen yg tinggi tu ..... so Malaysia tetiba ada 10 billion ringgit tukar ke USD  ... nilai matawang ringgit terus jadi takde nilai dan jatuh lagi teruk

kang Jepun dan Korea dah kene .... Amerika tengah cari mangsa baru .... heharap org politik semua berhati hati .... jangan tamak dgn pelabur asing lebih lebih lagi dr Amerika dan Eropah

kalu ringgit jatuh sampai nilai sama dgn Indon Rupiah,  semua org politik tak kira parti apa,  kene sumpah 10 keturunan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055857 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list