CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6362|Reply: 9

[Tempatan] Papagomo dakwa Anwar Ibrahim cuba campuri sistem kehakiman negara

[Copy link]
Post time 3-5-2024 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Papagomo dakwa Anwar cuba campuri sistem kehakiman negara

https://www.malaysiakini.com/news/704280

Diterbitkan:  May 2, 2024 6:33 PM⋅
Dikemaskini: 5:48 PM



Blogger yang condong kepada pembangkang, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau juga dikenali sebagai Papagomo mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dengan mencampuri sistem kehakiman negara.

Katanya, dia terkejut selepas pihak pendakwaan memohon supaya tiada jaminan diberikan dan perintah larangan bersuara (gag order) terhadap defendan.

“Saya terkejut sebab saya dilabelkan dalam jenayah berat, sedangkan ini akta hasutan, di mana perdana menteri dan kerajaan yang ada hari ini berpuluh tahun melaungkan untuk hapuskan akta hasutan.



“Tapi hari ini kita dapat lihat dengan kuasa yang mereka ada, mereka, menggunakan kuasa itu untuk mengarahkan musuh musuh politiknya disenyapkan, didiamkan,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Peguambela, Rafique Rashid berkata, di sebalik permohonan pendakwaan, mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dan menolak permintaan perintah larangan bersuara.

Rafique seterusnya memberi peringatan kepada Anwar supaya mengelak daripada tidak menghormati pemisahan kuasa.

Merujuk kenyataan perdana menteri “penjahat-penjahat semua ini sepatutnya ganti bilik-bilik saya di (penjara) Sungai Buloh” semasa ucapannya pada sambutan Hari Pekerja di Putrajaya semalam, katanya, Anwar tidak sepatutnya mencampuri urusan mahkamah.

“Janganlah mencampuri urusan mahkamah, janganlah cuba mencampuri urusan kehakiman, janganlah cuba menjadi hakim kerana sistem kehakiman di Malaysia ini mudah kerana hakim-hakim dalam Malaysia ini tidak terlibat dengan politik.



“Hakim-hakim di Malaysia ini membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang undang.

“Jangan campur urusan mahkamah, jangan cuba campur dalam urusan kehakiman, jangan cuba jadi hakim kerana sistem kehakiman di Malaysia adalah lurus memandangkan hakim di Malaysia tidak terlibat dalam politik.

“Hakim di Malaysia membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang,” katanya.

Papagomo didakwa atas pertuduhan menghasut bagi mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Ia berhubung hantarannya di media sosial berhubung isu stoking dengan kalimah Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 09:44 AM | Show all posts
Tak koser dia melayan small fry macam kome eh.  Bukan first time kena angkut pun kau, time PMX belum jadi PM lagi pun bukan ke dah kena angkut.  So kalau tak buat sekarang sampai ajm le (or sponsor kamu mampus) kamu merepek sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:01 AM | Show all posts
Papagomok kepam ni muka sebijik karekter Planet of the Apes jah.



Btw iols tak zabarr nak tengok kat IMAX next week




Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:15 AM | Show all posts
Siapa lah yang bela makhlok ni...  lama lama jadi hantu raya tak bertuan ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:46 AM | Show all posts
ada lg ke org yg percaya dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Usahkan ydpa.. mangkok ni kalo fitnah melampau aku pun boleh saman.muka pun  mintak lempang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 3-5-2024 10:46 AM
ada lg ke org yg percaya dia ni?

Ada lah pasal…klu x xkn smpai ada grup wassap lh telegram lah…bodoh2 je ikut

Xleh nk bayang brapa lh iq level follower dia..tgk kt X siap ada buat kutipan okeh nk jamin

Org klu nk jd pengikut biar yg level up pencapaiannya dr kita, ni level sampah gini, x rasa hina ke jd pengikut?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 3-5-2024 09:44 AM
Tak koser dia melayan small fry macam kome eh.  Bukan first time kena angkut pun kau, time PMX belum ...

Ekceli kes kali ni dia fitnah ydpa tapi yg kena petik anwar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 11:35 AM | Show all posts
alesandra replied at 3-5-2024 10:58 AM
Ekceli kes kali ni dia fitnah ydpa tapi yg kena petik anwar

Kan...anwar dah sama level jadi dgn covid vaksin.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke mamat ni kene bayar saman pitenah rm1jota kat anwar tempohhari?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.078924 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list