CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4937|Reply: 1

[Politik] Hubungan k'jaan persekutuan, Kelantan makin akrab - PM

[Copy link]
Post time 3-5-2024 09:39 AM | Show all posts |Read mode
PM: Hubungan k'jaan persekutuan, Kelantan makin akrab
Diterbitkan:  May 2, 2024 9:28 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kelantan semakin akrab dan kedua-dua pihak mengetepikan perbezaan politik demi menumpukan penyelesaian masalah rakyat.

Ini selepas Anwar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud di Kota Bharu untuk berbincang mengenai pembangunan negeri.

"Aspek penyelarasan dan kordinasi adalah taakul utama yang perlu diambilkira dalam menyelesaikan isu rakyat yang mendesak termasuk di Kelantan.

"Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan," katanya pada satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.



Anwar berkata isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan infra dan kemudahan asas adalah tekad komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk diselesaikan, sebolehnya dengan kadar segera agar tidak terus membelenggu pihak terkesan.

"Semasa taklimat juga, saya telah menekankan kepada kerajaan negeri dan kementerian terkait untuk memberi fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri Kelantan yang dijangka boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

"Walhasil, saya berharap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Kelantan ini secara berkesan.

"Insya-Allah, projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Kelantan di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang," katanya lagi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 09:50 AM | Show all posts
walaun nak duit air ke nyahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.156410 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list