CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4195|Reply: 3

[Tempatan] Pesara rugi RM25,000 ditipu lelaki tawar bantuan kerajaan

[Copy link]
Post time 3-5-2024 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-5-2024 06:16 PM


Pesara rugi RM25,000 ditipu lelaki tawar bantuan kerajaan



  • Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
  • 2 Mei 2024, 6:40 pm


Lau Kah Wing yang mempunyai 31 rekod jenayah lampau kini diburu polis.


PETALING JAYA – Seorang pesara berusia 78 tahun ‘berputih mata’ selepas wang simpanan RM25,000 miliknya lesap setelah termakan dengan penipuan ‘scammer’ bantuan kerajaan pada 17 April lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang ditipu seorang lelaki individu tempatan yang menawarkan untuk mengurus bantuan kerajaan.

“Suspek mengambil pengadu di rumah iaitu di SS 2/6, Seapark, disini seterusnya membawa pengadu ke sebuah bank tempatan sekitar Kepong dengan menaiki kereta Lamborghini warna hijau.

“Dalam perjalanan ke bank, mangsa ditawarkan dengan pelaburan kerajaan negeri dan meminta mangsa menyerahkan wang simpanan sebanyak RM25,000.

“Setelah menyerahkan wang berkenaan, mangsa ditinggalkan di lokasi dengan alasan untuk mendapatkan wang bantuan kerajaan sebebelum suspek didapati lesap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Shahrulnizam, setakat ini mangsa yang terlibat adalah warga emas manakala modus operandi digunakan suspek adalah dengan menawarkan bantuan kerajaan.

Tambah beliau, suspek bernama Lau Kah Wing, 28, masih dikehendaki oleh pihak polis dan didapati mempunyai 31 rekod jenayah lampau dengan menggunakan modus operandi sama sejak tahun 2014 hingga kini.

“Setakat ini terdapat lima kes di Petaling Jaya yang mana empat dari jumlah itu telah dituduh. Selain mempunyai sebanyak 30 laporan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang, suspek telah disenaraikan sebagai individu ‘wanted’ berikutan laporan di Sea Park, di sini.

“Bagi kes di Petaling Jaya, kita catatkan jumlah kerugian keseluruhan adalah sebanyak RM395,000,” ujarnya.

Beliau meminta orang awam untuk menyalurkan maklumat berkenaan suspek kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Gashwinpal Singh A/L Sukhdev Singh di talian 016-3649168.

Sehubungan itu, beliau menasihati dan menyeru kepada masyarakat supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan sebarang penawaran dan tipu daya scammer. -KOSMO! ONLINE





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 10:19 AM | Show all posts
elok di tampalkan muka ni ni serata tempat2 awam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Start menipu daripada umur 18 lagi. Hanat beteiiii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:27 AM | Show all posts
cina kalau tak menipu.......


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.062924 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list