CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3549|Reply: 8

[Tempatan] Penangguhan pemotongan kadar AS berita buruk bagi ringgit, kata pakar ekonomi

[Copy link]
Post time 3-5-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Penangguhan pemotongan kadar AS berita buruk bagi ringgit, kata pakar ekonomi

https://www.freemalaysiatoday.co ... kata-pakar-ekonomi/

Annabelle Lawrence
03 May 2024, 09:30 AM


Ringgit melemah berbanding dolar AS disebabkan kebezaan 2.5% antara OPR dengan kadar dana Rizab Persekutuan AS.

Kelewatan dalam pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dijangka menambah tekanan terhadap ringgit.

PETALING JAYA: Prospek Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menangguhkan pemotongan kadar faedah apabila inflasi mencanak semula ialah berita buruk bagi Malaysia kerana ia boleh terus menambah tekanan terhadap ringgit, kata pakar ekonomi.

Pembuat dasar di bank pusat AS itu mahu melihat inflasi “mula menurun” menuju 2% sebelum memulakan pemotongan kadar. Bagaimanapun, kadar inflasinya, menurut indeks harga pengguna (CPI), meningkat kepada 3.5% pada Mac, berbanding 3.2% pada Februari.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito berkata, penangguhan pemotongan kadar itu bermakna “tekanan terhadap ringgit akan berterusan”, dan melembapkan perbelanjaan domestik.

Ini turut bermakna pengaliran keluar modal akan berterusan, ditarik oleh pulangan yang lebih tinggi di AS, tambahnya.

Ringgit menjadi semakin lemah berbanding dolar AS sepanjang setahun setengah yang lepas disebabkan kebezaan ketara antara kadar dasar semalaman (OPR) Malaysia pada 3% dengan kadar dana Rizab AS pada 5.5%, pada tahap atas. Ini mendorong aliran keluar dana dari Malaysia ke AS dan pasaran lain dengan kebezaan kadar faedah yang serupa.

Ketika mesyuarat bulanannya pada Rabu, Rizab AS membuat keputusan mengekalkan kadar dananya. Pengerusinya, Jerome Powell memberitahu wartawan, inflasi “terlalu tinggi dan kemajuan dalam usaha untuk menurunkannya tidak menentu”.

Selepas menetapkan sebanyak enam pemotongan kadar bagi 2024 awal tahun ini, pasaran kini menetapkan hanya satu, iaitu pada Disember, menurut Reuters.

Ferlito menekankan keperluan membezakan antara pelabur spekulatif yang mencari pulangan lebih tinggi dengan pelabur strategik yang tertarik dengan ekosistem umum, bukan hanya dengan satu faktor seperti kadar faedah.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak boleh mengawal faktor luaran yang menjadi punca kelemahan ringgit. Namun, katanya, kerajaan boleh mempercepat pelaksanaan reformasi struktur mesra pasaran dan perniagaan, seperti yang dianjurkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour.

Abdul Rasheed baru-baru ini menegaskan keperluan melaksanakan pembaharuan struktur yang penting bagi mengukuhkan prospek pertumbuhan negara serta menggalakkan pelaburan, untuk memberikan lebih “sokongan berkekalan terhadap ringgit”.

Dilema Rizab AS, respons BNM

Sementara itu, pakar ekonomi Shankaran Nambiar berkata, Rizab AS menghadapi dilema apabila kadar pertumbuhan perlahan dan inflasimeningkat, berpotensi menyebabkan pemotongan kadar ditangguhkan.

“Pihak berkuasa Malaysia mengharapkan Rizab AS mengurangkan kadarnya untuk menurunkan kebezaan antara kadar AS dengan Malaysia,” katanya kepada FMT Business.

“Jika ini tidak berlaku, pihak berkuasa perlu menggunakan langkah bukan kadar (untuk mengukuhkan ringgit), dan itulah yang mereka lakukan.”

Langkah-langkah yang diambil oleh BNM dan kerajaan termasuk “menggalakkan” syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menghantar pulang pendapatan daripada pelaburan asing dan mengutamakan pelaburan domestik.

“GLC akan mematuhi nasihat yang diberikan dan ini mungkin berlarutan buat sementara waktu, tetapi persoalannya di sini adalah berapa lama perlu kita tunggu,” kata felo kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia itu.

“Jika keadaan tidak berubah, saya menjangkakan pihak berkuasa akan lebih berusaha menggalakkan dan memujuk (GLC) menangguhkan pelaburan di luar negara, menangguhkan pembelian peralatan asing, dan menukar keuntungan bukan ringgit kepada aset ringgit.”

Berhubung implikasi keputusan kadar Rizab AS terhadap sentimen pasaran dan tindakan pelabur di Malaysia, beliau berkata, sentimen jangka pendek mungkin tidak memihak kepada Malaysia.

“Saya rasa pihak berkuasa akan lebih tegas untuk memastikan ringgit tidak menjadi terlalu lemah. (Langkah) ini mungkin diperlukan agar psikologi kemerosotan ringgit dapat dikawal,” tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 tindakan yg bakal diambil bnm & kerajaan akan dipolitikkan. Naikkan OPR, rakyat marah. Kekalkan OPR, ringgit turun, pun rakyat marah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 01:43 PM | Show all posts
Apoo replied at 3-5-2024 01:01 PM
Apa2 tindakan yg bakal diambil bnm & kerajaan akan dipolitikkan. Naikkan OPR, rakyat marah. Kekalkan ...

I rather kekalkan opr so the blr tak naik lagi.  Biar lah ringgit turun.  Yg memekak tu macam lah dia trade is USD hari2, nak beli barang pun cari kedai rm2 ke paling murah.  Bila naik opr blr naik, kena bayar existing loan lebih, memekak juga. eh kau duduk kat wakanda je lah.  US tu lain la dia kalau tak naikkan opr dia pun bengkrap.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 04:44 PM | Show all posts
patot la meols transfer masuk lebih berganda2 ritu tak kena amla punya questionnaire

salu kalu lebih rm100K/ transfer kejap je bank manager call meols, ada alert from bank negara katanyehhh

koser nau mintak itu yini...padahal same name je sender receiver

ropanya nak suh berbondong2  beli ringgek letewwwww

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:55 PM | Show all posts
Apoo replied at 3-5-2024 01:01 PM
Apa2 tindakan yg bakal diambil bnm & kerajaan akan dipolitikkan. Naikkan OPR, rakyat marah. Kekalkan ...

mmgla jadi kerajaan kena marah selalu, dulu rapiji pun selalu marah2 sebelum jadi kerajaan

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pening pula baca berita dlm BM ni. Rizab AS tu US federation ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 3-5-2024 11:19 PM
Pening pula baca berita dlm BM ni. Rizab AS tu US federation ke?

Federal Reserve. Fungsi mcm Bank Negara.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aliaskotonggo replied at 3-5-2024 09:55 PM
mmgla jadi kerajaan kena marah selalu, dulu rapiji pun selalu marah2 sebelum jadi kerajaan

Yup. So pandai2 la buat decision.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 4-5-2024 12:22 AM
Federal Reserve. Fungsi mcm Bank Negara.

Ok. Kalau fed i tau. Kalau tukar ke bahasa melayu tu buat confuse.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.172921 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list