CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3251|Reply: 4

[Tempatan] Langkah wajar tak naik gaji penjawat awam ‘bermasalah’, kata Cuepacs

[Copy link]
Post time 3-5-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Langkah wajar tak naik gaji penjawat awam ‘bermasalah’, kata Cuepacs

https://www.freemalaysiatoday.co ... salah-kata-cuepacs/

Nora Mahpar
03 May 2024, 08:30 AM


Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nordin berkata kerajaan memerlukan penjawat awam berintegriti dan menjaga tatakelola.

Setiausaha agung Cuepacs berkata, kakitangan ‘bermasalah’ mampu memberi kesan kepada ‘prestasi’ kerajaan jika tidak diberi perhatian serius.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan amaran tiada kenaikan gaji lebih 13% buat kakitangan “bermasalah” langkah wajar bagi memastikan sektor awam hanya diisi penjawat berintegriti.

Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, kakitangan “bermasalah” mampu memberi kesan kepada “prestasi” kerajaan jika tidak diberi perhatian serius.

“Mereka yang bermasalah tidak perlu ada dalam penjawat awam…walaupun kumpulan ini tak ramai, tak sampai 100 hingga 200 orang pun daripada 1.6 juta penjawat awam, kita kena pastikan mereka yang ada masalah tatatertib perlu diambil tindakan.

“Kita kena ada penjawat awam berintegriti yang jaga tatakelola,” katanya kepada FMT mengulas pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kelmarin bahawa penjawat awam dengan prestasi tidak baik tidak layak dinaikkan gaji mulai Disember ini.

Rahman berkata, kakitangan “bermasalah” akan dikenal pasti melalui laporan prestasi tahunan yang disediakan ketua jabatan.

“Dari situ, kita akan tahu siapa yang ada masalah tatatertib dan perlu diambil tindakan.”

Menurutnya, budaya kerja penjawat awam sekarang jauh berbeza berbanding dahulu yang sering dikaitkan dengan budaya “minum pagi” serta “tutup kedai awal”.

Malah, katanya, kebanyakan kumpulan sokongan di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan perlu bekerja di luar waktu pejabat untuk menyiapkan laporan diminta oleh ketua jabatan.

“Bila saya buat tinjauan di pejabat-pejabat kerajaan, kebanyakan mereka sudah ada pantri sendiri, minum pagi pun di dalam pejabat saja. Mereka tak turun minum berjam-jam dah macam dulu-dulu.

“Sistem penjawat awam kita dah makin efisien, kakitangan banyak buat kerja di luar waktu pejabat.

“Walaupun tiada elaun telefon, mereka hantar maklumat dan data di luar waktu kerja. Berbeza dulu, kita terpaksa hantar surat yang ambil masa tiga, empat hari baru sampai.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 05:03 PM | Show all posts
buang je la.. simpan buat apa staff gomen yg bermasalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:16 PM | Show all posts
sokong je...tapi macam mana kaedah nak dibuat, sebelom nie pon x berapa jadi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Setujuk! Kan ada myportfolio tu? Kalau utk guru ada pbppp
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
saya sokong. stress kerja dgn org bermasalah. tp bab naik gaji naik pangkat pandai pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.202697 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list