CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2919|Reply: 0

[Tempatan] PMX, Anwar Ibrahim, mahu isu rakyat Kelantan selesai segera

[Copy link]
Post time 3-5-2024 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Anwar mahu isu rakyat Kelantan selesai segera

https://www.freemalaysiatoday.co ... tan-selesai-segera/

Bernama
02 May 2024, 11:58 PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu kerajaan negeri dan kementerian berkaitan fokus pada usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Kelantan. (Gamnbar Bernama)

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu isu kemiskinan tegar, pembangunan prasarana, dan kemudahan asas diselesai segera.

KOTA BHARU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan prasarana, dan kemudahan asas komitmen berterusan kerajaan untuk diselesaikan terutama di Kelantan.

Beliau berkata perkara itu seboleh-bolehnya diselesaikan dengan segera.

“Kerajaan persekutuan tidak pernah mengabaikan membantu mana-mana kerajaan negeri.

“Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Kelantan yang buat kali pertama dipengerusikan saya dalam membincangkan penyelesaian isu-isu pembangunan di Kelantan,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong malam tadi.

Anwar berkata usaha kerajaan persekutuan membantu kerajaan Kelantan membabitkan keseluruhan pegawai kanan yang hadir taklimat itu, antaranya Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau meminta kerajaan negeri dan kementerian berkaitan fokus pada usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Kelantan.

“Oleh itu, saya berharap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian secara khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan serta pelaksanaan projek-projek di Kelantan ini dilaksanakan secara berkesan,” katanya.

Perdana menteri berkata projek terbabit adalah inisiatif berimpak tinggi khususnya di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka panjang.

“Antara projek yang menjadi keutamaan di negeri Kelantan adalah penambahbaikan sistem pengairan di kawasan pertanian Kemubu.

“Oleh itu, saya bersetuju supaya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melihat kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu ini yang dijangka melibatkan kos sebanyak RM20 juta,” katanya.

Anwar berkata RM20 juta itu akan diguna untuk membeli paip baharu bagi menyedut air untuk kegunaan rakyat dan pertanian di Kelantan.

“Hubungan Kerajaan Persekutuan bertambah akrab dengan Kerajaan Negeri Kelantan melalui majlis raya… oleh itu, kita mestilah mengetepikan perbezaan politik dan menumpukan masalah rakyat,” katanya.

Perdana menteri berkata beliau juga berhasrat untuk menoktahkan baki lebih 1,000 ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di Kelantan dalam tempoh dua bulan lagi.

“Saya mahu menoktahkan kemiskinan tegar berkenaan bagi membolehkan mereka mampu membeli makanan dan pakaian… oleh itu, saya minta senarai dalam kategori ini,” katanya.

Beliau berkata Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Azman Ibrahim memaklumkan bahawa perkara itu boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan Kelantan kerana tidak mahu negeri itu ketinggalan daripada Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor yang dapat menoktahkan kemiskinan tegar,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.062625 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list