CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 0

Gaji penjawat awam di Selangor akan dinaikkan

[Copy link]
Post time 3-5-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode




Shah Alam: Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelarasan itu akan dilaksanakan selepas mendapat pekeliling berhubung kenaikan gaji penjawat awam di peringkat Persekutuan.

"Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman kadar kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri yang akan berkuat kuasa bermula 1 Disember depan.

"entadbiran ini akan mengambil langkah yang perlu selaras dengan tatacara kewangan sedia ada yang mana saya tunggu pelarasan datang dari kerajaan persekutuan (untuk kita selaraskan)," katanya pada sidang media di Bangunan Wisma Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, peningkatan gaji di peringkat negeri Selangor perlu menjadi dorongan kepada seluruh penjawat awam supaya produktiviti kerja perlu diperkukuhkan selaras dengan harapan rakyat yang tinggi bahawa sistem perkhidmatan Kerajaan sentiasa ditingkatkan.

Media pada 1 Mei lalu melaporkan, Perdana Menteri mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.

Anwar dilaporkan berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.223921 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list