CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1380|Reply: 11

Boikot bertentangan sunnah Rasulullah SAW - Mufti Perak

  [Copy link]
Post time 3-5-2024 12:22 PM | Show all posts |Read mode




Ipoh: Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh menegaskan tuduhan menghina agama Islam yang dilemparkan terhadap pengurusan rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) susulan isu stoking tertera kalimah Allah tidak terbukti, sekali gus tiada kewajaran agar syarikat serta premis itu diboikot.

Beliau berkata, berpandukan kaedah kehakiman Islam satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah ialah niat dan keinginan melakukannya atau 'alqasdul jinaei' (criminal intent) yang mana elemen rukun itu tidak boleh dibuktikan melalui 'syahadah' (direct evidence).

Kata Wan Zahidi, sebaliknya ia hanya boleh dibuktikan dengan pengakuan atau melalui kaedah pembuktian 'garainul ahwal' (circumstantial evidence).

Katanya, tindakan memboikot terhadap sesuatu kaum juga bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW kerana dalam sejarah awal Islam hanya orang kafir Quraisy yang memboikot umat Islam namun Rasulullah SAW tidak pernah memboikot walaupun terhadap musuh.

Menurutnya, ia juga berpandukan peristiwa sirah yang tercatat mengenai sahabat baginda iaitu Thumamah bin Uthal yang pernah ditegur Rasulullah SAW tatkala beliau mengisytiharkan sekatan bahan-bahan makanan kepada kaum kafir Quraisy di Makkah.

"Daripada penjelasan yang dibuat oleh pihak pengurusan KK Mart dan permohonan maaf secara terbuka terhadap insiden yang berlaku serta penjelasan yang dibuat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ternyata kewujudan rukun alqasdul jinaein ini tidak dapat dibuktikan.

"Dengan demikian, berasaskan kaedah kehakiman lslam, tuduhan menghina agama Islam terhadap pengurusan KK Mart tidak terbukti. Selain itu, tindakan memboikot terhadap sesuatu kaum juga tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Wan Zahidi, selanjutnya menceritakan bahawa Thumamah bin Uthal pada asalnya adalah ketua Qabilah Yamamnah yang ditawan oleh tentera diutus Rasulullah SAW dan dibawa ke Madinah namun beliau kemudiannya memeluk Islam dan berangkat ke Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sesudah mengetahui permusuhan kaum Ouraisy terhadap lslam, Thumamah mengisytiharkan sekatan bahan-bahan makanan kepada kaum Quraisy yang justeru menampakkan sekatan itu memberi kesan teruk kepada kaum Quraisy di Makkah berikutan sebahagian besar sumber makanan adalah daripada Yamamah.

"embesar Quraisy kemudiannya menghantar utusan kepada Rasulullah SAW meminta jasa baik baginda supaya sekatan ditamatkan dan susulan permintaan kaum Quraisy itu, Rasulullah SAW meminta Thumamah menghentikan sekatan bahan-bahan makanan terhadap kaum Quraisy.

"Ia menunjukkan keluhuran akhlak baginda Rasulullah yang tidak membenarkan bahan makanan sebagai hak asasi paling utama dalam kehidupan manusia, digunakan sebagai senjata dalam pertikaian.

"Akhlak mulia sebegini kemudiannya dikuti oleh Salahuddin Al-Ayubi yang menghantar doktor peribadi beliau iaitu lbnu Maimun untuk merawat musuhnya, Richard The Lionheart yang jatuh sakit ketika berada di Jaffa beserta buah-buahan bagi melengkapkan proses perawatan," katanya.

Katanya lagi, isu KK Mart disensasikan dengan menyemarakkan sentimen kebencian dan kemarahan yang tersasar jauh daripada landasan keadilan Islam sejagat, justeru bertentangan dengan tindakan Rasulullah membentuk piagam Madinah bagi mengatur hubungan antara pelbagai etnik dalam negara Islam pertama iaitu Madinah.

"iagam Madinah menyamaratakan hak dan tanggungjawab antara warga Muslim dan bukan Muslim, dengan menyatakan bahawa warga bukan Muslim membentuk satu 'ummah' bersama umat Islam yang sekali gus menetapkan diri dan harta benda mereka dilindungi sama seperti harta benda warga Muslim.

"Dakwah lslamiah memerlukan suasana tenang dan damai serta hubungan yang harmoni antara kaum-kaum yang menganut pelbagai agama. Al-Quran memberi panduan kepada umat Islam agar menggunakan pendekatan berhikmah dan tutur kata yang baik dalam misi dakwah mereka.

"Rasulullah SAW memperingatkan kepada pendakwah supaya sentiasa menyebar luaskan perkara-perkara vang mencerminkan harapan dan tidak membangkitkan isu-isu yang boleh membawa kepada kerengganan (basysyiru wala tunaffiru)," katanya.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 12:30 PM | Show all posts
pak mufti pn cari makan jugak... takkan dia kenyang makan fatwa kot...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 12:35 PM | Show all posts
Tok mufti ni isle ka?

- dokter kemal (bukan nama sebenar)
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 08:22 PM | Show all posts
balas kejahatan dgn kebaikan , betul tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
balik2 cite pasal boikot.  dah x de news lain yg membina minda ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju 100% pendapat Mufti ni! Dan Rasulullah SAW adalah sebaik2 contoh teladan. Trend boikot memboikot aka cancel culture ni lebih kpd makanan ego dan bukan atas sbb iman...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini negara demokrasi. Boikot tak boikot is up to us. Jangan kerana makin banyak sesuka hati puak c bermaharajalela, mufti pun sokong untuk mereka tidak dihukum oleh pengguna. Consumer power.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 09:58 AM | Show all posts
Kalau setak memboikot apa jua hari khusus untuk meraikan seseorang atau sesuatu benda sehari dalam setahun (macam Hari Kekasih, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Wanita dan Hari Guru serta seumpamanya) boleh la boikot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 10:16 AM | Show all posts
hurmmm mcd tersenyum kelat sambil menumbuk2 tangan menahan geram. ooo time dia kena boikot idok pula siapa keluar fatwa boikot bukan sunnah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 4-5-2024 10:16 AM
hurmmm mcd tersenyum kelat sambil menumbuk2 tangan menahan geram. ooo time dia kena boikot idok pula ...

kan...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku klu boikot melibatkan ramai pihak ( contoh ada ramai pekerja bekerja kt situ) aku x ikut boikot. Kdg2 khilaf jgk . Tp klu hanya melibatkan persendirian aku akan terikut boikot. Cth perangai manusia dh bnyk kali buat silap dh diberi peluang , aku boikot je klu 2-3 kali ulang .
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057764 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list