CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10307|Reply: 16

[Tempatan] Tayar jentolak meletup, seorang maut, rakan parah

  [Copy link]
Post time 3-5-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Tayar jentolak meletup, seorang maut, rakan parah

Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my

May 3, 2024 @ 9:41am



Tayar jentolak meletup, seorang maut, rakan parah
Seorang pekerja maut manakala rakannya parah dalam kejadian di sebuah pusat servis ketika mangsa mengisi angin tayar sebuah jentolak dan tiba-tiba meletup. - Foto ihsan pembaca


KUALA LUMPUR: Tayar sebuah jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini, meletup menyebabkan seorang pekerja maut, manakala rakannya parah, Selasa lalu.

Terdahulu, satu audio dan gambar menunjukkan dua lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan salah seorang cedera parah pada kepala, tular di media sosial dan dikaitkan dengan kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata gambar yang tular itu adalah kejadian benar yang berlaku di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh pada Selasa lalu.

"Kita mengesahkan kejadian terbabit pada 30 April lalu (Selasa) kira-kira jam jam 12.40 tengah hari di sebuah pusat servis tayar, Bandar Baru Sungai Buloh.


"Hasil siasatan yang dijalankan, kejadian dipercayai berlaku ketika dua lelaki tempatan yang juga pekerja di pusat servis tersebut mengisi angin tayar sebuah jentolak dan tiba-tiba meletup dan terkena kepada kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Akibat kejadian itu, katanya seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera parah dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

"Mangsa yang maut berusia 19 tahun, manakala mangsa yang parah berusia 21 tahun dan kedua-duanya adalah pekerja di pusat servis tayar berkenaan.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan satu kertas siasatan SDR dibuka berkait kes ini," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar berkaitan kejadian itu bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan tidak membuat apa-apa spekulasi tentang kejadian ini.



https://www.bharian.com.my/amp/b ... ng-maut-rakan-parah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2024 03:42 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 3-5-2024 03:44 PM

Remaja maut, tayar jentolak meletup

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my



- Foto hiasan

Sungai Buloh: Seorang pekerja bengkel maut manakala seorang lagi parah selepas tayar jentolak yang tiba-tiba meletup di sebuah pusat servis di Bandar Baru Sungai, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, ketika kejadian dua lelaki tempatan berusia 19 dan 21 tahun sedang mengisi angin ke dalam tayar jentolak berkenaan kira-kira jam 12.40 tengah hari.

"Ketika mangsa sedang mengisi angin tayar jentolak tiba-tiba ia meletup dan terkena kedua-dua mangsa.

"Mangsa berusia 19 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial sejak semalam, gambar memaparkan dua lelaki dipercayai mangsa berkenaan terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan cedera di kepala.

Gambar itu disertakan dengan pesanan suara seorang lelaki mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah bengkel di sekitar Kajang.

Sehubungan itu Mohd Hafiz menasihatkan orang awam supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan gambar berkenaan.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).


Disiarkan pada: Mei 3, 2024 @ 9:17am


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-jentolak-meletup

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2024 03:43 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 03:53 PM | Show all posts
aku pernah nengok video tayar lori meletup masa isi angin,mmg letupan tu kuat sbb tekanan dari angin yg keluar tu,
apatah lagi tayar jentolak,lagi besar tayar lagi kuat la letupan tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 04:05 PM | Show all posts
Berapa psi tayar jentolak ada yang tau?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully tadak la yg batak perhatian share gambar² gini.
Acu kalo jadi kt ank hgpa.
Sonok dak rasa?
Salam takziah.
Muda lg ha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam Takziah.
Banyaknya darah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap kedai tayar bayar socso pekerja ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah.. sedih baca berita gini
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Org skrg mmg suka share gamba2 mangsa excident ek????
Sudah2 la tu wehhhhh
Kesian kat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
mmg kuat impak letupan tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:01 PM | Show all posts
Tayar meletup, compressor meletup....agak susah nak predict benda2 ni sebenarnya...material failure susah nak nampak dgn mata kasar ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 3-5-2024 10:01 PM
Tayar meletup, compressor meletup....agak susah nak predict benda2 ni sebenarnya...material failure  ...

Budak tu bertinggung atas tayar sambil pam angin masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak dah berlaku. Workshop ni tak ambil pekerja yg ada training atau tak train atau budak tu tak sepatutnya buat kerja tu? Kesian sia2 je mati.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 12:10 AM | Show all posts
final destination 8
tu dia byk darah mcm korban
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
I tertengok gambar ni yang tak censored kat telegram, bakalan tak tidur la malam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 11:02 AM | Show all posts
ya Allah kesiannyaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.068600 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list