CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19600|Reply: 5

[Tempatan] Wanita keturunan India kekal seorang Islam

[Copy link]
Post time 4-5-2024 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-5-2024 08:13 AM


Wanita keturunan India kekal seorang Islam

  • Oleh NORLIZAH ABAS
  • 3 Mei 2024, 7:43 pm





Mahkamah Persekutuan Putrajaya.


PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan seorang wanita berketurunan India masih seorang Islam selepas menolak rayuan akhir untuk membatalkan penukaran agama oleh ibunya yang merupakan seorang mualaf ketika dia berusia empat tahun.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepadanya.

Beliau bersama-sama Hakim Datuk Abu Bakar Jais menolak rayuan wanita berusia 37 tahun itu, manakala Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan mencapai keputusan menentang.

Wanita itu merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 13 Januari 2023 yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan dia bukan penganut agama Islam.

Ketika itu, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Yaacob Md. Sam dengan keputusan majoriti 2-1 membenarkan rayuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan status agama wanita berkenaan.

Pada 21 Disember 2021, Mahkamah Tinggi membatalkan penukaran agama wanita itu kepada Islam oleh ibunya, seorang mualaf, ketika dia berusia empat tahun. – KOSMO!




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Agama islam atas kertas/ic sahaja. Di hati sudah pun bukan islam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan heshe
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.
Islam pada nama je dah.
Dia mintak elok² xbagi, esok² nampak dia hidup mcm hindu jabatan agama tu la jugak yg triggered.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah tak sudi, mahkamah paksa pun, dia tak practise agama Islam juga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya walaupun Islam tapi sembah tokpekong.

Mati tak boleh bakar pula.

Kesian heshe.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056816 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list