View: 9272|Reply: 10
|
Britney Spears berkaki ayam, balut badan guna selimut
[Copy link]
|
|
Britney (kiri) dilihat keluar rumah dengan menutup bahagian dada menggunakan bantal.
PENYANYI Britney Spears didakwa sedang mengalami gangguan kesihatan mental kerana dilihat dalam keadaan 'mengerikan' selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya iaitu Paul Richard Soliz pada malam Rabu.
Menurut laporan TMZ, Britney berada dalam keadaan luar kawalan apabila menjerit-jerit di kawasan lorong kediamannya.
Beberapa jiran tetangga yang melihat situasi itu menyangka penyanyi pop berkenaan sedang mengalami gangguan mental dan menghubungi pasukan paramedik untuk bantuan.
Britney menafikan dirinya mengalami gangguan mental.
Bagaimanapun, Britney menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dirinya hanya memerlukan pertolongan kerana buku lalinya terseliuh.
"Saya hanya ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa berita itu adalah palsu (gangguan mental).
"Saya hanya mengalami gangguan hormon (haid) dan kaki saya terseliuh disebabkan itu pasukan paramedik tidak sengaja datang ke rumah saya," katanya.
Britney berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian yang sama, Britney turut berkongsi sebuah video yang menunjukkan buku lalinya bengkak.
Sebelum itu, foto penyanyi lagu Oops! I Did It Again tular di media sosial apabila dirinya dilihat hanya berkaki ayam sambil badannya dibalut dengan selimut tanpa memakai baju.
Britney kelihatan tertekan sambil memegang bantal berwarna putih yang didakap pada dada dan diiringi oleh pengawal keselamatan.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... ana-buku-lali-terse |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa mcm smlm je baca dia ni kawen.harini dah ada bf lain |
|
|
|
|
|
|
|
Xmas thn lps ke bila, tak pasti, , sheols menyandar kat mak. Mcm budak ja. Now gaduh balik. Nk berbaik tp ada isu kepercayaan. Bf skrg katanya ada criminal record plak. Hadoi. |
|
|
|
|
|
|
|
Depress teruk sgt dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mmg suka bogel kt rmh eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Risau nengok ig dia..macam bukan2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Kesan byk ngat mkn batu.
Mess with yr head.
Xcaya tgk tekya. |
|
|
|
|
|
|
|
Britney ni cam damage beyond repair dah gayanya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ahriman at 8-5-2024 10:54 PM
Woah oh oh,Crazy,but it feels alright.
Baby,thinking of you keeps me up all night. |
|
|
|
|
|
|
|
yup. Ai think sheols ni naturist plus ada isu mental. Kat beach pun buka baju. Puak naturist klo stabil (mental) pun nmpk weng. Idea body positivity & freedom dgn vogel. Heidi klump stori parent sheols bawa ke nude kem & anggap satu yg positif. Ai kenot brain. Tak lama dulu gunung kinabalu pun dicemari puak ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|