CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20892|Reply: 38

[Tempatan] JIM tahan warga Myanmar raih RM400 sehari jual jeruk di lampu isyarat

[Copy link]
Post time 5-5-2024 10:51 PM | Show all posts |Read mode
JIM tahan warga Myanmar raih RM400 sehari jual jeruk di lampu isyarat

Oleh Reza A Hamid - 5 May 2024



Warga Myanmar yang menjaja jeruk mangga di lampu isyarat diberkas Jabatan Imigresen (JIM) Melaka dalam serbuan Op Sapu di Melaka, Selasa lalu mampu meraih pendapatan sehingga RM400 sehari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang


MELAKA – Enam warga Myanmar yang menjaja jeruk mangga di lampu isyarat diberkas Jabatan Imigresen (JIM) Melaka dalam serbuan Op Sapu di sini Selasa lalu.

Lebih mengejutkan, kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua pemegang kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu mampu meraih pendapatan sehingga RM400 sehari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.


Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, kesemua mereka berusia antara 30 hingga 38 tahun itu ditahan dalam empat serbuan berasingan di lampu isyarat sekitar Bukit Katil, Kandang, Umbai dan Serkam.



Anirwan Fauzee Mohd Aini

“Hasil soal tanya dalam operasi bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang itu, mereka mengaku mampu meraih jualan antara 20 hingga 40 bekas jeruk mangga sehari atau RM200 hingga RM400.

Dua daripada yang ditahan berusia 30-an juga merupakan pemegang kad UNHCR yang tidak dibenarkan bekerja,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).



Enam warga Myanmar yang menjaja jeruk mangga di lampu isyarat diberkas Jabatan Imigresen (JIM) Melaka dalam serbuan Op Sapu di Melaka, Selasa lalu.


“Kami juga sedang mengesan majikan dan melindungi kesemua warga asing berkenaan yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

“Sabit kesalahan, individu atau organisasi yang melindungi lebih daripada lima pendatang tanpa izin, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak melebihi enam kali,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette


https://malaysiagazette.com/2024 ... k-di-lampu-isyarat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 11:14 PM | Show all posts
“Dua daripada yang ditahan berusia 30-an juga merupakan pemegang kad UNHCR yang tidak dibenarkan bekerja,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.


dah tu apa tindakan kerejaan nak selesaikan masalah ni? siapa yang tanggung dorang kalau dorang tak dibenarkan bekerja, nak senang mintak sedekah je la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cis patut la sanggup membahayakn diri..org mesia pikir 10x nk niaga cam gitu!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap tokey jeruk mangga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x penah support dorg ni. Bahaye die dan kenderaan lain.. bahaya aku gak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang ada yg siap pakai costume tgh2 panas terik demi nk lariskan jualan kt trafik light..mende bukan baru pon. Tokey2 ni yg gunakan deyols. Konsep demand & supply marketing gini pon leh untung risiko kne langgar tu tggi..kne tangkap esk ada lg..messiah kan lubuk warga asing buat duit.. boleh land gittew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Eiii..nsb baik iols masih bersabar potong mangga sendiri..takleh bayang la siasana they alls potong mangga...eiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Check jugalah retis2 influenzer semua. Putik tu first sekali ko check ada work permit atau tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nmg tak akan beli jeruk jual kat traffic light tu
Sbb mostly pati yg jual. Mereka pakai ski mask yg org potong rumput tu pakai supaya org susah nak agak mereka ni msian atau foreigner

Kat taman aku yg menjualnya org filipina. Aku tau bila dgr mereka borak sama mereka dlm bahasa tagalog
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:35 AM | Show all posts
laaaaa
PATI ke
kak lid selalu beli dan bagi extra
kalau beli 1 bagi utk 2
kadang2 bagi duit saja tak ambik barang

NEVER dah lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 ramai mcm muka org melayu je yg jual. Tapi sekarang mmg depa dah ambik alih. Depa kan tutup muka cuma nmpak mata je. Jauh tk nmpak, sekali bila dekat, baru tau bangsa asing.. muka Rohingya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg dah xboleh guna word rohingya ke??? Kesian warga myanmar lain yg masuk secara halal
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 6-5-2024 12:35 AM
laaaaa
PATI ke
kak lid selalu beli dan bagi extra

Astaga kak. Dah lama kerajaan tegur jgn support sbb nanti makin bercambah. Bkn xkesian tp membahayakan org lain. Xnk la malaysia jd mcm indon
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 5-5-2024 05:49 PM
Skrg dah xboleh guna word rohingya ke??? Kesian warga myanmar lain yg masuk secara halal

I rase walaupun stateless, mereka di identify sbgai warganegara myanmar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli.
Sbb kesian.
Nak² tgh panas terik @ dlm ujan xbenti round 4⁴ simpang trepik light tu.
Lg sanggup kasi duit mcm ni dr yg jual air liur ngn kisah² simpati hasanah.
Balik aku basuh bersih buah tu smula patu mkn ngn serbuk asam sendri,bekas aku leh recycle.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan kan dah lama larang keras utk penjualni &  pembeli beli dari mreka di traffic light....pembeli pun boleh kene denda brape ribu ntah bila ditangkap membeli. Sbb faktor keselamatan.

Tapi masih ada yg support membeli, taktau la sbb mmg suka langgar undang² ke ape.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
.

aku kesian tgk depa..
kekadang aku bg duit je x amik pun asam tu...tp....rupa²nya...
depa ramai dh jd jutawan senyap...x byr tax la kot kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 5-5-2024 11:19 PM
Cis patut la sanggup membahayakn diri..org mesia pikir 10x nk niaga cam gitu!

Itu la sometimes aku x rs yg org msia akan meniaga mcm tu sbb bnd tu baru2 ni je berlaku. Dulu2 mn ada
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam bodoh je pi beli kt trefik light...membahayakan pengguna jalanraya yg lain
Dah byk kali keluar video viral yg keter eksiden sbb keter depan tetibe stop nk beli jeruk mangga ni kt tgh2 jalan
The best is,never support la
Biar depa melingkup
Nak meniaga, pi cari tapak n bayar lesen mcm org lain
Jgn la bengap sgt nk support peniaga2 spesis mcm nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:10 AM | Show all posts
hantar balik ke negara asal.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.254941 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list